FITRAH's Followers

Friday, May 06, 2011

wo de ren zenmeyang?

ish.. tak suka betul kalau ada orang tanya macam ni "awak ni macam mana ye sebenarnya?", "ni de ren zenmeyang?" tak pun "boleh saya tahu serba sedikit tentang awk?". euwww.. perlu ke tanya directly pada tuan empunya diri? kalau saya cakap yang saya ni seorang yang comel, fotogenik, cantik, baik hati, yaomo, laoshi, (tersesat ayat mandarin pulak dah..), nanti ada pulak yang termuntah tak pun pengsan kat tempat kejadian kn. Busuk-busuk pun mesti kena label perempuan perasan, masuk bakul angkat sendiri, masuk lif naik ke atas.


disebabkan masalah yang macam ni, di pagi Jumaat yang mulia ni, saya nak jawab soalan orang tu sesambil belajar mandarin.. (emm malas la blajar mandarin ni)


wo de ren zenmeyang??


yi (1). wo xihuan chifan. sy suka makan. Yummy!

er(2). wo xihuan shuijiao. sy suka tidur

3. saya tak suka memasak.

4. suka sangat tengok tv.

5. muka saya banyak jerawat

6. gigi saya tak cantik. selalu jumpa dentist 5 thn sekali. last masa sekolah rendah.

7. suka duduk rumah je. bu xihuan outdoor activities. tak suka la peluh-peluh panjat gunung n alergik kat nyamuk. tak suka camping.

8. masa kat sekolah, saya tak masuk pape aktiviti pn.

9. saya ngada-ngada

10. pemalas

11. tak suka kemas-kemas rumah.

12. tak suka kanak-kanak mahupun orang tua. leceh-leceh.

13. suka bersembang

14. tak suka mandi. boleh la masuk kategori kambing gurun.

15. annoying- tak percaya, tanya kak Jun.

16. tak suka belajar. ada apa pada buku?

17. muka garang mengalahkan singa betina.

18. tak suka senyum. dlm gambar tu saje buat-buat senyum.

19. mata duitan.. $$$$

20. membosankan.

21. serius. lawak-lawak tolak ke tepi ok!

22. tak suka art.


ha.. puas hati? Fakta ke auta, decide la sendiri. lepas ni jangan tanya-tanya da. Kalau nak sy susun 10 jari di pipi awak, silalah buat lagi.. (kn saya kata sy ni garang.. kucing sebelah rumah pn sampai menjilat kaki sy tau.. euww..)


note:

kalau nak tanya pun, tanyalah kat orang sekitar saya kn. nak kawan, kawan je la. kalau buruk pn saya, tak boleh ke nak kawan? tetiba teringat kat mamat apple yang blajar kat oxford tu (ni berlagak tahap langit ke-7 punya orang. kesian awa kena teruk dgn dia..). Bila teringat, rasa macam nak puting beliung jer kat apartment ni.

2 comments:

MarY_z said...

kak zahiiii x elok menipuuuuu... dalam blog pon x elok. hehe

Anonymous said...

erk.. tipu ke?