FITRAH's Followers

Wednesday, May 11, 2011

Dedikasi buat awa..

Kawan baik yang istimewa.. susah utk dicari.. bila ada, mampukah utk dihargai? renung-renungkan dan selamat beramal..


Kenangan karangan My Best Friend


Masa sekolah dulu, bila cikgu suruh buat karangan My Best Friend, saya main tangkap muat je. mana yg rapat dgn sy, itulah kawan baik saya. tapi betul ke dia kawan baik saya? Masa tu definasi kawan baik ialah---> dia mesti kawan yang selalu ada dengan saya, 1 kelas yg sama, rehat sama2. Kanak-kanak sungguh pemikiran waktu dulu. setaraf la dgn umur kn.


Bila di peringkat diploma, masa tu la sy faham erti KAWAN BAIK. Definisi kawan baik saya ketika tu ialah---> berkongsi susah dan senang bersama, tiada rahsia antara kita, telus, saling tegur-menegur, tak hipokrit dll.. Sepanjang saya hidup ni, ramai yang berkawan baik tp pada hal-hal tertentu menjadi hipokrit antara 1 sama lain. Cthnya, bila si A membuat silap, si B takut nak tegur tp di belakang si A, si B luah rs tak puas hati. Antara kawan baik patutnya lagi senang nak tegur apa2.


Tiada rahsia antara kita. Mungkin ada hal tertentu yg patut dirahsiakan. kui3..


Awatif Samat. Ramai yang tak tahu keluarga sy dah lama kenal dengan keluarga dia sebelum kteorang lahir lagi. Masa kecik2 mungkin kteorang pernah main sama2 kat rumah p.cik awa. huhu.. kendian, tak tahu kewujudan awa dah. budak-budak umo 3, 4 thn, takat mn la memori dia. pergi mn2 pn, ada jer kawannya. mana la nak ingat semua. Sehinggalah kteorang berjumpa semula bila dah besar gedabak ni. kebetulan serumah dengan dia di Kolej Alamanda. Masuk sem 3 n 4, serumah sewa juga dengan dia ni.


Pemikiran dangkal manusia


Tau je ramai yang tak suka kteorang berkawan rapat. Dengki lettuw.. Tak heran pun. w/pn sy kawan rapat dengan awa, bukannya setiap masa sy dgn dia. Sy kwn dgn orang lain gak. cuma masa dlu sy kurang rapat dgn coursemates dan seangkatan dengannya. so, orang salah faham. Masa tu kawan2 kebanyakan dari course lain dan budak degree.. hihi.. Ada la dengar khabar2 angin cakap sy n awa ni pasangan luar tabii.. Lesbian la.. euwwww.. semoga aman la orang-orang yg fikir macam tu. Saya tak heran sangat orang nk cakap camtu. Mula-mula je jiwa sensitip pastu entah macam mana boleh jadi kuat lak. Awa lak yang terlebih emo. muka je rock tapi dlm hati ada taman.. kih3..


Masa sem 4 keadaan ok je. Ikut nasihat Miss Eva. Pergi kelas, balik kelas. Discuss benda-benda penting pastu balik rumah sewa. Dunia kawan-kawan sediploma tak ambik tahu sangat. Ambik keputusan tak nak duduk kolej. Awa n Betty yang temankan. Dua2 housemates tu lak dak degree OT. xpe.. sy ada kwn baik..


Bila awa n betty g practical kat Melaka, sy duduk rumah sewa sorang-sorang. First day menangis macam orang kematian anak. Ellhaz yg tau sy n awa rapat, kol sy selalu. macam kelakar la pulak.


"Pilihlah dia. Dia je faham kita kawan baik."


Sy tahu la si Ellhaz tu tau sy n awa kwn baik tp tak perlu kot kenen2 kn sy dengan dia. Sy mengaku Ellhaz tu baik dengan awa tp tak kn sebab tu je kot.. Kalau boleh awa nk sy dengan Ellhaz. Awa tak setuju dengan pilihan hati sy. kata dia, pilihan hati sy akan membunuh jiwa sy. Dia tak berkenan dgn ayat yg dia gunakan.. hahaha.. terlalu melindungi pn payah juga. Tak semua keputusan awa tu betul. tak semua jangkaan awa tu tepat. awa juga manusia biasa. Akhirnya Ellhaz bertunang dengan orang lain. InsyaAllah bakal berkahwin dalam tahun ni. Sekarang baru awa sedar siapa sebenarnya Ellhaz..


Awa versus HasbulDua2 sy sayang. Dah jadi kawan. Baguslah. kalau ada jodoh, adalah. kalau tak ada, tak de la awa jd sepupu sy.. hehe.. Kalau Awa berjodoh dengan Hasbul, memang beruntung la awa. insyaAllah Hasbul pembimbing yang baik, mampu jadi ketua keluarga yang baik dan InsyaAllah awa akan disayangi oleh keluarga Hasbul. Tak merokok, sayang family, hormat orang tua, merendah diri, tak tinggal solat (kul 5.30 pg lg da bangun dak ni kalau kat kg. ms tu sy tgh berdengkur lg. kih3..)Promote sepupu secara habis-habisan nampak.. :p tp mamat ni pun ada je kelemahannya. erm.. kalau minah tu kahwin dgn mamat tu, maknanya kena duk sabah la mereka berdua. Jauh la kita nanti.. huhu..


Awatif samat- dia bukanlah perfect dari semua segi. tak siapa pun yang sempurna. Ada juga hal-hal yang akan buat sy angin. Ada juga sikap dia yang buat saya membebel 24 jam. yang penting sy tau siapa dia. Awa selalu pertahankan sy sampai kadang-kadang dia yang kena marah. Ya. Saya juga marah dia tp sy tak akan sampai hati bila saya ingat siapa dia. Bagi saya, Allah dah hadiahkan keluarga yang sempurna utk sy sedangkan awa perlu belajar hidup berdikari sejak umur 11 thn selepas ayah dia meninggal dunia.



Kita Berbeza tapi kita kembar jiwa


Sy dan awa memang berbeza. kalau ikut mulut laser tutttt, dia kata awa lelaki dan sy perempuannya.. Sungguh laser mulut orang tu. Biarlah dia. Abah kata, buat tak tahu je. Lama2 reti la diam mulut tu. Betul kata abah, mulut org tu dah diam pn. dah berubah. Alhamdulillah..

Berbalik kpd subtopic. Saya suka aktiviti luar yg adventure mcm hiking, jungle trekking, masuk gua, camping, kayak etc tp awa tak berapa minat. lebih suka pergi survey kereta, bercuti rehat2 badan, tengok wayang dll. tak sangka awa tak pernah camping masa zaman sekolah dlu. ish3.. kalau bab ni sy yg macam lelaki lak.

awa ni aktif bersilat ms zaman sekolah dulu. pernah masuk pertandingan peringkat negeri kalau tak silap. saya ni lak tak tahu pape pasal seni pertahankan diri. tak de la teringin nk mewarisi abah n arwah tok wan.

Sy suka bergambar, awa tak suka..


Apa yang kita sama?


Sy n awa suka makan.. hehe.. kata awa, sy adik beradik kung fu panda. Suka travel.. next semester nak ke Cameron Highlands lak. Bln 6 ni awa nk g Bkt Tinggi. Tak dpt nk ikut.. :( Ada lg persamaan tp cukuplah setakat ni..


Manusia Biasa dari Tuhan yang Maha Kuasa

Awatif samat- dia bukanlah perfect dari semua segi. tak siapa pun yang sempurna. Ada juga hal-hal yang akan buat sy angin. Ada juga sikap dia yang buat saya membebel 24 jam. yang penting sy tau siapa dia. Awa selalu pertahankan sy sampai kadang-kadang dia yang kena marah. Ya. Saya juga marah, tp sy tak akan sampai hati bila saya ingat siapa dia. Bagi saya, Allah dah hadiahkan keluarga yang sempurna utk sy sedangkan awa perlu belajar hidup berdikari sejak umur 11 thn selepas ayah dia meninggal dunia. Sebab tu, lps sy marah kat awa, sy marah orang tu. Sejak kejadian, awa dah tak masuk campur hal tu. Saya tahu niat awa. cerita di sebalik cerita sukar utk dimengertikan. orang di sebalik tabir diluar lensa kamera kehidupan- terlepas dr pandangan subjek. itu sesuatu yg biasa..


waspada dengan sekeliling


kawan yang boleh dipercayai. kawan yang mampu meracuni. Berwaspada setiap detik dan ketika. kepercayaan boleh dinoda. Niat hanya Allah yang mengetahui.

No comments: