FITRAH's Followers

Friday, September 16, 2011

mendung bertukar cerah

syukur.. mendung dah jadi cerah. hujan sekejap je. rasa :)).. apa yg sy nak, dah dpt. apa yg tak pasti akhirnya dah jd pasti. sekarang hanya perlu fikir ke depan. yg terbaik pasti akan menunggu.


Monday, August 22, 2011

Balik Kampung

Balik raya kali ni sy akan balik kg dgn awa. teman minah tu drive. hurm.. teman drive or sy yg drive? selalu mcm tu ler. dia duduk sebelah megholoh je. bwk encik neo putih tu laju2 kang baru tau. biar dia jenuh nk bayar saman. kui3..



Nanti awa akan hantar sy balik kg mak kat pdg rengas n pastu dia balik kuala kangsar. eleh.. dekat je sbenarnya. nk balik kg abah pn kena lalu kuala kangsar. sehari tak jejak ke kuala tu memang tak sah. ate.. nama pun org kuale.. mule le tu nk kluor loghat perok awok ni ha.. agegeegee..



note: nak ikut awa pergi sunway hospital, tp sblm tu nk ronda2 sunway pyramid dulu. rasa ada beberapa brg penting yg xsempat beli lg. Mak n abah balik tengah hari ni. saya n awa lak balik lps awa habis kerja mayb dlm pkul 5.30 ptg. hrp2 jln xsesak.


p/s: selamat hari raya. hati2 di jalan raya..

Bila tazkirah..

Bila tazkirah dari setengah jam menjadi sejam setengah:
- solat terawih yg balance 4 rakaat lg tu terpaksa ditunda dr pukul 10 mlm ke pukul 11 mlm
- semua makmum dah resah gelisah
- imam dan tok siak dah angkat 5 jari tanda "5 minit lg"
- sesetengah makmum dah mula menjeling ke arah jam di tangan mahupun di dinding

- mulut masing-masing dah tak terkira berapa kali menguap

- ada juga yang terlelap tak sedar apa2 dah
- kanak-kanak riuh bermain, berlari ke sana sini tanpa dapat dikawal (esok kompem liat nk bangun ke sekolah)
- ibubapa dah mula risau bila fikir anak2 yg bersekolah esok hari, lagi runsing bila fikir esok hari kerja. para ibu pula dah terasa kepenatan nk menghadapi hari esok sbb nk kena sediakan juadah sahur, kejut anak2 lg, hantar anak ke sekolah dan pergi kerja.
- ada juga yg bergerak ke meja hidangan, mencari air penghilang dahaga (penghilang dahaga ke penghilang mengantuk? anda pilih)
- ada juga yg sok sek sok sek kat belakang membentuk 1 kumpulan kecil. (bt meeting tergempar barangkali takpun buat program tazkirah sendiri)
- ada juga yg mengeluh dan yang dahsyat, mula rasa tak puas hati kepada penceramah jemputan dan bermulalah acara mengutuk belakang2. cth: "lain kali tak payah dah panggil dia dtg ceramah." hurm2..
- ada juga yg dah hilang sabar: tanggal telekung n say bye2 kat surau
- akhir sekali, untuk 4 rakaat terakhir n solat witir, imam tiba-tiba baca surah secara express n pendek2 saje.. hihi..


note:

solat terawih yg selalu habis dlm 10 lbih hari ni terlajak sampai 11 lebih. Awa pn sebenarnya dah berapa kali ajak balik. satu hal lak nak pujuk minah tu suruh sabar n tngu tazkirah habis. rasa tak berbaloi lak dtg surau tp solat terawih tak habis. nak dekat pukul 12 kteorang balik rumah dgn k.ena n anak2 sekali. k.ena kat surau tetiba lapar, tu la nk ikut sy balik rumah mak. ish3.. dialog k.ena di saat sy drive lalu dpn rumah jiran sy:"imam masjid pn dah lena tidur kat rumah. kita baru balik.." kih3. rumah pak cik lan, jiran sy tu merangkap imam masjid, dah gelap gulita pn..

lebih kurang pkul 12.30 abg ipar sy sampai nk ambik k.ena. kteorang yg baru mkn terkejut, "awalnya balik. kata ada tadarus." jwb abg ipar: "tadarus pe nyer. semua orang dah balik. sekali dgn imam pn tak ada kat surau." kui3.. kesian.. tinggal abg ipar sy n 3 org anak dia je yg semangat nk tadarus.. macam2 hal.. bila tazkirah setengah jam jadi satu jam setengah..

sekian..

Jangan lupa namaku..

walau aku tidak bersamamu
jangan engkau lupakan diriku
walau aku tiada di sisimu
jangan engkau lupakan namaku
kerana..
aku mengingatimu
kerana..
aku mencintaimu

andai aku bisa bertemumu
dengan senyum kutadah syukurku
andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
kerana..
aku merinduimu
kerana..
aku mencintaimu sepenuh hatiku


walau kamu jauh dimataku
jangan aku hilang dalam kalbu
saat kamu samar mengingati
jangan aku terus kau lupakan
kerana aku..
sentiasa mengingatimu
kerana aku..
sentiasa menyayangimu sepenuh hatiku

Andai aku bisa memelukmu
pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
dengan rela menyerahkan hati
kerana
aku merinduimu
kerana aku sentiasa mencitaimu sepenuh hatiku


Jangan lupa namaku.. (full version)




note:


malas nk mengupload video klip nyer. tgk le sendiri kat you tube..




Saturday, August 20, 2011

Di tengah Ramadhan

Sepanjang 2 minggu (lebih kurang) berpuasa di rumah, sy dah berbuka puasa kat rumah mak, rumah k.ena, rumah awa n kat surau. semua tempat sy rs. yg dahsyatnye bila berbuka di surau. Abah kata, sekarang dah tak mcm dulu. sekarang makanan berlebih2 dijamu. Memang btul pn. Senak perut ni mkn. Nk solat terawih pn tak berapa nak khusyuk. ish3.. mana taknya, dah jumpa nasi beriani kambing, mkn pn xingat dunia. :p

Semalam k.ela balik. so, smalam kiranya berbuka puasa beramai2 di rumah tp still number tak complete. Along tak balik. 1st jumpa k.ela, dia tegur kena hitam sgt. huh! tak de benda lain ke nk ckp? mak menyampuk: mn tak gelapnya, seronok sgt main2 kat laut sampai kena masuk ke hospital. tetettteetee.. perli i lettuuww..

Semalam gak ialah sesi diaorang betulkan cara jalan sy. Memandangkan jari kaki sy bengkak n terasa ngilu2 sikit, sy tak berpijak betul2. senget sikit. terjengket2. memang buruk benor kalau tengok. abah dah banyak kali pesan suruh gi klinik tp sy dah fobia gila nak jumpa doktor or nurse. Tak pe. Nanti ok la tu.. (ayat nk sedapkan hati). K.ena kejam bila kata duit hantaran sy akan jd kurang sbb kaki sy ni. Abah lak menyampuk: kurang 2 ribu sbb hitam legam mcm tu. Cis! Menyampah!

semalam si fahim tido dgn sy. mimpi pe ntah budak tu. tp smalam baru sy sedar, si fahim ni dah besar pn. 7 tahun lepas, sy yg jg dia lps k.ela berpantang. sampai umo dia 5 bln sy jg. masa tu tgh krisis perasaan lps arwah nazreen pergi. aiceh.. hihi.. ntah pape.. erm.. sejak sy balik, anak2 sedare sume jd manja dgn sy. hilang je sy jap, tnya sy mn. sampai2 rumah, cari mak su diaorng ni. haish. glemer lak rasanya. hihi..

stakat ni dah banyak jenis kuih dah buat. err.. ye ke.. kuih ni slalunya utk dibagi kat jiran2. bertukar2 juadah barulah meriah kn. semalam, cekodok pisang je sy buat. budak2 suka cekodok pisang. cucu jiran sy tu suka sgt cekodok pisang.. Seronok tgk budak2 mkn. rs berbaloi msk.

note: salam ramadhan.. selamat beramal..
p/s: rajinkn bersedekah.. :)

Friday, August 12, 2011

Bertukar langit dan tanah

Alhamdulillah.. dah 5 hari kat Selangor ni. Sabah dah jauh, dah jadi sebahagian daripada kenangan. Dah balik rumah ni, kehidupan dah kembali macam biasa, macam sebelum pergi Sabah. Kat sini bangun2 pg dah melayan si kecil Umairah Aqilla. Umairah Aqilla ni mak baru jg. Baru 2 minggu kot. Abah sbenarnya tak suka mak jg baby, susah nk ke mn2. Tp sy suka. dua lawan 1, yg 1 msti kalahnyer.. hik3..



Umairah Aqilla mcm perawat rs rindu sy pd Sabah. ptg2 lak sy tlg mak buat kuih utk berbuka. Bila sibuk, tak ada la nk ingat sgt. sy mengaku, sy rs rindu pada Sabah. Rindu kat rumah sewa, m.cik sebelah rumah n mcm2 lg. Ni sindrom biasa n wajib sy rs bg setiap perjalanan sy.




Hari ni sekali lg sy akan bebel pjg2 mcm post yg sblm ni. Hari ni sy tak jaga Aqilla, hanya duduk bersantai kat rumah Awa sorang2. Semalam keluar dgn Awa dr pg smpai ke ptg. Mentang2 dia puasa, membuli sy je kerjanya. Nak tak nak, kena jd driver dia. ke Shah Alam la, ke Kelana Jaya pulak lps tu n akhir sekali ke Jusco Bukit Tinggi, Klang (atas pmintaan sy. padahal kat belakang rumah ada je Jusco Cheras Selatan). Sampai rumah sewa awa, kena masak utk minah tu pulak. anything for u, awa.. huhu..


....................




Dah lama sy tak online. Kalau buka fb pn tak ada apa yg menarik. Nk tulis blog kadang2 rs malas. Lagipun, untuk sebulan ni sy plan nak fokus pada manuskrip sy. Drpd tulis panjang berjela kat blog, lebih baik sy tulis panjang berjela manuskrip sy. Tp kdg2 mood malas sampai, ketandusan idea n di masa tu la sy terasa nak buat perjalanan solo tp nk ke mana? Alih2 kat sini la sy, kat rumah Awa. Duk sorang2, cari ilham utk proposal baru. proposal yg patut hantar mnggu ni tp mcm xdpt hantar. Sy ada masa beberapa jam lg utk merangka proposal yg terbaik.




.............................




Kadang-kadang menyendiri tu best jugak. Tp sy dah janji dengan Vel utk cuba menyibukkan diri n mencari kawan seramai yg mungkin. Vel kata sy dah bnyak rugikan masa sy. ye ke? sy tak sedar pn.. Anyway, sy akan cuba meng'aktifkn diri sy dalam kelab SALAM n rs mcm nak daftar diri masuk Malaysian Nature Society. Tp next semester sy kena mula fikir pasal final year project. Mesti bz kn. Kalau memerlukan fresh specimen, sy nk try apply kat HTAR la.




..........................




Sy beritahu mak, ada 1 benda yang sy teringin nk beli dlm tahun ni atau tahun dpn. Sy suruh mak teka n mak ckp kereta. kereta? err.. tu lambat lg. kena kumpul dt bnyak2 dulu sblm dpt beli kereta idaman. yg sebenarnya sy teringin nak beli kamera DSLR nikon D5100. Mak: habis tu kamera yg ada ni nk buat apa? nk suruh mak pakai? sy: hehehe...




..........................




Next week sy akan mula sibuk jd driver k.ena, teman dia pergi shopping ry n sbgnya. projek biskut ry pn insyaAllah akan bermula gak. Sy dah mula susun aktiviti2 yg akan sy buat sepanjang sy cuti ni. program m'bz kn diri. At least, dpt menghiburkan hati. hujung mngu ni anak saudara sy nk bercuti kat rumah. konon2 nak tidur dgn sy. Apa mimpi diaorang ntah. rindu sgt ke? musykil2.. hehe




........................




Bonda buat permintaan mengejut pasal masa depan sy sampai buat sy jadi terkedu. Makin meningkat usia, makin terbuka permintaan bonda. Harapan yg biasa daripada seorang ibu kpd seorang ank perempuannya yg masih... Hati oh hati..




.....................




Ramadhan ni bermakna dah 7 tahun Allahyarham Ahmad Khairul Nazreen pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan segala dosa diampunkanNya. Tahun ke-7 ni, sy jd betul2 redha, jiwa dah rs benar2 yakin, setiap ketentuan ada hikmah tersembunyi yg mungkin tak tercapai oleh akal. Masa dah terlalu lama beranjak, sedangkan sy masih rs sekejap. Betul kata Vel, sy banyak membazirkan masa dalam kehidupan sy.




.................




InsyaAllah akan menulis lg di sini cuma tidak ketahuan masa.. Salam Ramadhan al-mubarak. Fi aamanillah..

Thursday, August 04, 2011

counting the days..

Lebih kurang 4 hari je lagi nak balik ke semenanjung. tak sabar.. Sok last day practical. Assessment semua dah siap bercop. Tadi diserang dgn soalan2 dr pegawai sains. untuk cyto dan blood bank, rasa tak terbeban sgt. Bila masuk ke biochem, rs mcm nk pecah kepala. kena bom tu.. huhu.. Anyway, kena la terima dgn seadanya kn.

Selama berada di sini, mcm2 peristiwa berlaku. Dari first day sampai ke hari ni, ada je halnya. Ada ketawa, ada marah2, ada juga sedih2.. Dgn laptop sy n Ram yg rosak, kaki sy yg cedera, hidung yg berdarah sbb t'hantuk kat lutut si Ila, tersalah naik bas, amy yg tertinggal dlm bas, berjalan kaki lebih 30 min smata2 nk ke bazar ramadhan kat sembulan tu. mcm2 idea tak betul yg cuba direalisasikan. huru-hara tp bila ingat, rs terhibur.

kisah amy dgn si Panjang buat sy tersenyum. kdg2 tak dpt tahan ketawa bila bertembung dgn si Panjang smpai dia pn rs tak tentu arah. Kisah encik engineer si Ram. bagus tu selalu pergi surau.

Semuanya menyenangkan hati tp yg tak selesa di sini, pergaulan agak bebas sikit. bertepuk tampar perkara biasa. pernah sekali bila sy tunjuk gelang Seri yg sy pakai kat seorang staff lelaki, tiba-tiba je dia pegang tgn sy. masa tu rs tergamam. mungkin bg dia perkara tu biasa kn. pernah gak masa di bazar, sesuka hati je dia tolak2 sy. ila kata kalau k.ummi tgk, msti slh fhm n akn kena sebijik nih. huhu.. bkn kena sebijik dgn k.umi je, kalau along n abah tahu pn, mmg diaorang pn akan slh fhm n abis lunyai la sy.

Apa yg baik blh jadi ikutan, yg buruk kena buat peringatan.. Misi sy di Sabah hampir selesai. Misi yg minor juga dah selesai. kerja gila yg tak pernah sy fikirkan sblm ni.. Esok hari terakhir, sy mungkin tak sempat nk beli sesuatu untuk Vel, tanda mata sbb bnyak tlg sy. rsnya kalau pos dr semenanjung ok juga kn.

Sampai kat rumah, bnyak benda yg nak bt. 1st sekali, kena try buka desktop. connect laptop dgn monitor desktop. harap2 berjaya. Aceras ni nmpak je cm xde pape, harta berharga sy sbenarnya ni. bnyak maklumat yg sy simpan. Dr assignment, notes, research project (yg minor) hinggalah ke folder simpanan manuskrip, proposal n yg paling syg---> cerita conan yg sy kumpul sejak dip lg, lps tu prince of tennis n mcm2 lg. hua3. mnggu pertama kat smenanjung nak ke rumah sewa Awa. dah lama tak jumpa minah tu. Rindu lak. Nk bg birthday present utk mak dia. Hrp2 suka la. Awa kata nnti blh g tarawih n mengaji sm2.. ye ler awa.. lagi nk buat apa ek? o ye, proposal manuskrip kena siapkan before mnggu ke-2 di semenanjung. hrp2 diluluskan. susah payah sy cari inspirasi di sabah ni tau.

Rasa mcm nak buat biskut raya la tahun ni. nk bawak balik kampung sikit. Aiceh, semangat kn. tu mula nk pk pasal raya je la tu. Ry pertama tahun ni mcm akan jd anak tunggal je. Ela ry kat Pahang, Along kat Tg. Karang, Ena kat Ipoh n abang mayb kat KL. Kompem kat kg nnti kena jd bibik, tiap2 taun tak abis2 kena ambik tender cuci pinggan. Harap tahun ni dapat control mkn sikit. Karang tak pasal2 jadi beban (mcm selalu), asyik muntah n gi toilet memanjang. hihi...

Projek nk ke Tenom sblm balik semenanjung rasanya tak jd disebabkan faktor keselamatan. Amy kata sy gila nk g bermalam kat sn sorang2. so, sy ubah plan. Mayb akan naik train smpai ke Beaufort lg. Smpai di Beaufort, rehat2 jap n ambik train ke Putatan or daerah sblm Lok Kawi tu sbb ptg nk g bazar kat Lok Kawi. Apa istimewanya train? Sm je train kat slangor tu dgn kat cni. lebih kurang je. Naik keretapi ni blh buat jiwa sy tenang. Duduk kat seat sebelah tngkap, tengok2 pemandangan. blh rileks tau. Bkn kat cni je sy bt cmtu, kalau rs mcm perlu bersendiri, sy suka naik train dr Serdang ke klang sorang2. lps tu patah belakang semula. Mcm dah jadi habit. Lps ni ingat nk buat pjalanan keliling smenanjung dgn train la. hehe.. Rasanya sejak sekolah bgtau bonda macam tu. Bonda yg kecik comel tu pn dah letih nk dgr. Angguk je la, bg sdp hati si anak ni.

Tetiba je teringat nasi kerabu rm9.50 yg Amy beli kat bazar Asia City. mahal nk pengsan. Rindu nasi kerabu kat Kuala Terengganu. Murah n sdp smpai menjilat siku tu.. Aish.. meleleh air liur. Bila-bila cuti sem nnti nk ke rumah K.ummi lak kat ganu. nak ke kelantan gak, gi rumah Amy n lawat k.jun kat sn.. Banyak kn rancangan yg ada kat kepala sy ni. cuma tunggu ms utk jd kenyataan je. Dgn izin Allah..

nota:
InsyaAllah flight isnin nnti pkul 3.30 ptg. rasa mcm tak sempat nk berbuka kat rumah kot.. sbnarnya berdebar juga nk kena naik flight lg ni tp rs semangat nk blik rumah dah berjaya tutup rs takut..

p/s: Salam Ramadhan..

nor zahirah mahd ata
(zaira fitrah)