bunga-bunga sena kembali berbunga
memaut hati menenang jiwa
bunga indah bunga warisan
pilihan hati tak lekang di ingatan
musim bunga sena kusambut girang
kuning sena menyapa ramah
jadi saksi gelagat manusia
dalam diam meneduh penuh kasih
angin sepoi-sepoi bahasa kuhirup segar..
juntaian bunga-bunga sena
mengiring perjalanan
indah bumi ciptaan Tuhan..
***********
anak kecil datang menghampiri
wajah redup
tiada bernoda
bersih tanpa calitan dosa
anak kecil belum bisa mengerti
mana kita untuk melindungi?
anak kecil tercari-cari
arah mana yang harus dilalui
mana kita untuk membimbing?
anak kecil lahir bagai kapas putih..
anugerah Illahi hadiah suci
moga kapas putih memberi erti
moga tidak tercalit kotoran di kemudian hari
****************
orang berasak-asak
pagi, petang dan malam
muda dan tua
adam dan hawa
masih memenuhi ruang
pelbagai niat di dalam hati
hanya Allah yang mengetahui
muda dan tua
adam dan hawa
pelbagai agama dan bangsa
di satu ruang yang hingar
(pasar philippine)
~the end: ketandusan idea dan rasa ~
No comments:
Post a Comment