FITRAH's Followers

Thursday, May 05, 2011

Perempuan muda & mak cik tua


Macam Suspen je tajuk kn. Sejak beberapa hari ni rajin la pulak nak pikir pasal title. idea datang mencurah ok!


Kejadian berlaku di sekitar Sunway dan Jalan Gasing, Pj..


Perempuan muda berbaju kurung dan bertudung jingga masuk ke dalam kereta dengan 2 kotak Domino's Pizza. Senyum melebar. Kereta mula bergerak. Radio di 'switch on' kn. "Pengumuman waktu solat bagi wilayah persekutuan bla bla.."

Perempuan berbaju kurung dan bertudung jingga sedikit terkejut. Jam di tangan dijeling - 7.55 p.m.


"OMG. Tak solat maghrib lg ni. Isya' dah nak menjelma."

Seorang perempuan lain yang menjadi pemandu kereta kecil itu, sebolehnya memandu laju- dah macam lumba kereta yang macam kat litar sepang tu. Kalau accident tak ke naya? kompem2 dah tempah tiket gi neraka secara free nyer. (Amalan pertama yang dihisab ialah solat)

Kereta berhenti betul-betul depan sebuah masjid besar. Perempuan berbaju kurung melihat masjid itu sejenak. Kenangan mungkin tak berulang- ewah.. Dia turun dari kereta. Pemandu hanya duduk diam dalam kereta- cuti rasmi kaum hawa.


Kedengaran suara imam masjid memberi ceramah dalam misi mengimarahkan masjid. Alhamdulillah.. Perempuan berbaju kurung yang masih di luar masjid terkocoh-kocoh mencari pintu masuk masjid untuk kaum hawa. ok. dah jumpa pun. Terkocoh-kocoh pula mencari tangga untuk ke dewan solat wanita. 10 minit terbuang begitu sahaja bila kedua2 tangga yang wujud di situ membawa dia ke dewan solat lelaki. penat usah kira la. turun naik tangga berulang kali macam tengah buat misi catatan rekod Malaysia jer.Akhirnya perempuan tadi ambik keputusan untuk lalu je kat dewan solat lelaki. Glemer sikit nanti.. Dush!

kedua belah pipi jadi merah. cepat-cepat pergi ke bahagian perempuan. Kaum Hawa di situ hanya memandang. Perempuan berbaju kurung buat tak tahu. Laju je kaki melangkah ke seorang mak cik ni. Salam diberi. Tangan bertaut.


"Anak nak cari telekung ke?" Pantas sahaja perempuan berbaju kurung mengangguk kepala sebanyak 3 kali.


"Tu.. dalam bilik kecil kat tepi tu. pergilah." Dengan pantas juga perempuan berbaju kurung melangkah ke satu ruang yang menempatkan bilik kecil, bilik wudhu', toilet dan ruang solat yg boleh muat 4 orang sahaja. Lupa pula. Ketika melangkah ke ruang tu, muka masih lagi merah semulajadi terutamanya apabila imam betul-betul berhadap ke arah yang dilaluinya. Glemer lagi!


Dipendekkan cerita. solat Maghrib sudah dilaksanakan seorang diri di bilik solat kecil- bkn di dewan utama. Telekung dilipat. Tiba-tiba...


"Isya' dah nak masuk. Tunggulah dulu." seorang mak cik tua menegur. Diam.

"Sekejap lagi bila imam dah habis bagi ceramah, azan la lepas tu." Mak cik tua berlalu pergi ke tempat wudhu'. ada sesuatu yang membatalkan wudhu'nya mungkin. hmmm ..

Perempuan berbaju kurung duduk berfikir-fikir. Di kepala dipenuhi bayangan Pizza Aloha & Extravaganza. Tambah-tambah last makan pukul 11 pagi hari yang sama. Dalam sibuk-sibuk berfantasi, azan Isya' bergema.


seorang mak cik tua yang lain pula menghampiri.

"Jom kita berjemaah sekali." ajak mak cik tua sambil tersenyum ikhlas. Perempuan berbaju kurung membalas senyuman mak cik tua tapi masih tidak berganjak dari duduknya. mak cik tua berlalu ke dewan solat utama. Solat berjemaah-serasanya dah lama dia tidak berjemaah. Mungkin kali terakhir setahun yang lalu atau mungkin juga 2 tahun yang lalu. Berjemaah di masjid ini pun hanya 3 tahun yang lalu, ketika bersolat tarawih. Patutlah lupa tangga yang mn 1. sedangkan tangga ke dewan solat wanita memang wujud cuma sedikit tersorok. malu!


Antara nikmat dunia dan akhirat, nikmat akhirat yang akan kekal abadi.. Menyedari kekhilafan diri, perlahan-lahan perempuan baju kurung melangkah ke dewan utama masjid dengan telekung putih tersarung di badannya.


~Sekian~


Saya bukan sempurna. Lebih banyak kekurangan daripada kelebihan..

No comments: