FITRAH's Followers

Saturday, May 07, 2011

sabarlah duhai hati..

Bengang betul mlm tadi. Kalau tak ada sabar bermaustatin kat diri ni, memang dah jadi kes amuk dah semalam. Macam mana saya tak bengang.. Penat2 mendrivekn diri dari Sunway ke Puncak memalam buta, membayangkan yang nak masak macam-macam malam tu sbb ptg hari kejadian tak beli makanan. Memandangkan kat dalam peti ais rumah sewa di Puncak penuh dengan stok bahan basah, dalam kepala dah rancang nk masak. Konon-konon nak masak sotong goreng dengan bawang plus cili padi n sup petola dengan suhun. hari ni plak konon-konon nak masak sup ayam. sok pulak nak masak talapia masam manis. Plan baik punya.


(masa kejadian:9.15pm). Sebaik buka pintu ruma sewa, dah rasa lain macam jer. Hidung mengesan sesuatu yang tak best. Saya cakap kat awa ada bau tak best. Awa jawab: "kita bau wangi jer". ermm.. wangi ke? Hidung saya ni ada masalah personality disorder ke? tak pe la. betul la kot apa yang awa cakap tu. Saya pun lepas letak beg, excited buka bahagian freezer. Kononnya nak rendam la apa yang patut. Sekali... Rasa nak gugur jantung. Semua stok makanan dah membusuk. Peti ais defrost. Tak sejuk. Ni mesti ada orang gatal tgn defrost kan peti ais kn. Rasa nak mengamuk jer. tapi tak tahu nak mengamuk kat sape atau apa. nak mengamuk kat peti ais macam ngek pulak. Nak ngamuk kat orang rumah ni, nanti jadi gaduh besar pulak. Lagipun diaorang dah balik ke kampung halaman. Yang si Amy ni pulak mmg out bab hal ehwal semasa macam ni. Rasa nak menangis pun ada bila tengok ayam, ayam kampung, ikan talapia yg abg ipar ternak kat sg Pahang, sotong, dan pelbagai ikan lain yang baru restock dah jadi busuk..


Malas nak layan kebengangan yang mengocak jiwa dan raga ni, pergi Econsave. Beli apa yang patut utk mkn mlm tu dan hasilnya pukul 11.30 malam baru kteorg dinner - Sup petola + suhun & ikan masak sweet n sour. Yeay!! =)


Sabar itu separuh daripada iman kn..



Tetiba lak ada gambar ni.. senyum.. senyum..


nota:


Betul-betul menguji kesabaran. Di mana saya berada, ada je hal yang berkaitan dengan SABAR. Mengamuk tak korang kalau ada kawan yang makan tp tak nak basuh pinggan sedangkn korang penat memasak? sebab tak nak sesakkan sink, korang lah yang terpaksa cucikn. sabar tak korang kalau tetiap masa korang yang perlu tutup suis lampu sedangkan orang yang membuka buat tak tahu? sabar tak kalau bila korang tutup suis dan bila korang masuk ke bilik, ada orang yang buka suis tu semula tapi tak tutup semula bila dia tiada di ruang tu n korang kena tutup suis tu semula. dan hal tu berulang lagi hampir 4, 5 kali. sabar tak korang kalau bil elektrik utk sebulan mencecah sratus ringgit sedangkan korang selalu tak ada di rumah? sabar tak korang kalau broadband korang dipinjam sebab nak tengok you tube sampai melebihi actual limit dan bil juga meningkat. sabar tak korang kalau kawan korang sorokkan info tentang pelajaran dari korang? sabar tak korang kalau kawan yang agak rapat dengan korang hanya fotostat buku untuk dia sahaja? sedangkan korang sentiasa jaga kebajikan dia. Tak tahu sampai bila sabar ni akan terus ada. yang pasti, saya akan tetap suruh mak doakan supaya saya sentiasa sabar dalam kehidupan ni. Mujur awa ada, dia lah yang selalu mendengar. sekarang dah tahu kn kenapa saya rapat dengan awa sampai masa diploma dulu ada orang buat fitnah yang sy ni lesbian. Ya. sabar tu sangat penting. Kalau saya tak sabar, saya tak akan jadi seperti saya sekarang ni. Anggap ujian rahmat Tuhan..


2 comments:

Taufik Jusoh said...

sabo je lah. btw, best la pandai masak... bagus².. ;)

New update from merepeksematamata.

zaira said...

thanks awk.. xde la pandai masak sgt pun. saje bt gempak je tu..