"Kenapa perlu mengharap?"
Kata saya:
"Kerana itu fitrah."
Tanya kawan:
"Sampai bila perlu berharap?"
Jawab saya:
"selagi ada asa".
Kata kawan:
"tidakkah itu perkara yang bodoh? mengharap sesuatu yang tidak pasti"
Jawab saya:
"Awak kata ia bodoh kerana awak tidak merasainya lagi"
Kata kawan:
"Tapi awak sudah tahu jawapannya"
Jawab saya:
"Ya"
Tanya kawan:
"Ketika ini, adakah awak masih berharap lagi?"
Jawab saya:
"Mungkin tidak."
Tanya kawan:
"Mengapa?"
Jawab saya:
"Kerana saya perempuan biasa."
Tanya kawan:
"Maksud awak?"
Jawab saya:
"saya tidak tahu apa yang terbaik untuk saya. Mungkin sesuatu yang saya suka bukanlah yang terbaik untuk saya dan sesuatu yang saya tidak suka sebenarnya adalah yang terbaik untuk saya."
Tanya kawan,
"Awak berhenti berharap?"
Jawab saya:
"Masa yang berlalu tak mungkin akan kembali lagi. Cukuplah.. tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat yang berlalu menjadi saksi, seorang perempuan yang penuh harapan. Biarlah kali ini kehidupan dijalani dengan kesederhanaan membaluti, tanpa harapan palsu membayangi. Allah lebih mengetahui hakikat yang tersembunyi"
Catatan kawan lain:
"Terlalu mengharap sesuatu, tidak baik."
nota:
menerima apa yang mendatang dengan redha, itu lebih baik bukan?..
No comments:
Post a Comment