Konon-konon mula-mulanya ada sesi jumpa-jumpa, kenal-kenal, ramah-mesra, tandatangan n segala bagai pada ahad lepas di PWTC (euww.. pe punya ayat la ni. pengarah dewan bahasa n pustaka pn boleh pengsan kalau macam ni tau..)
Hari Sabtu (sehari sblm ahad.. kih3.. perlu ke?) masa saya sibuk2 di pasar malam membelek seluar tidur sambil mengintai-ngintai pak cik jual durian. oppsss.. mengintai durian, bukan pak cik jual durian ye. ok. sambung semula. tetiba dapat phone call daripada Pn Haryani.
"zaira, macam mana awak nak tandatangan buku esok?"
diam sekejap dengan soalan Pn Haryani Karmilan. sambil tu masih sibuk melihat seluar tidur dan kemudian beralih pada durian. seluar tidur semula. kemudian durian lagi.
"Kenapa puan?"
"Buku awak dah habis ni so, awak nak tandatangan apa?"
"Habis???" garu kepala tak sudah. biar betul.. buku biasa-biasa macam tu ada jugak orang nak beli yer. hahaha.. Anyway, next week akan sibuk nak edit buku tu utk cetakan ke-2. utk buku pertama ada kesilapan sikit. saya tak sempurna. editor juga begitu.
Itu la ceritanya. Ahad tu hanya tunjuk muka jer kat booth pts. Along sefamily, mak n awa temankan. Ronda-ronda beli buku. seronok-seronok. Macam-macam buku borong hari tu. yang paling best borong kat pts sebab dapat diskaun 35% (utk penulis shj).. Apa lagi, main ambik je la buku yang mana minat. Afrina pun sama sibuk pilih bukunyer. mak dah jeling je. kalau bab menghabiskan duit dia memang cepat je saya ni kn. (tak pe. nanti i ganti balik k). hihi.. yang lagi seronok dapat jumpa Ramlee Awang Murshid, H.M Tuah Iskandar, Ainin Naufal, Fadzillah Derahman n lain2. Demi abang Ramlee Awang Murshid yang ensem, kelam kabut saya pergi beli buku dia semata-mata nak tandatangan. bila abang ensem Ramlee tanya soalan, rasa kelu lidah nak berkata. hahaha.. rasa dah lama tak buat perangai menggedik tahap beruang kutub macam tu.
Sempat bergambar dengan Ainin Naufal je. Si Awa ni slow benor. Nak bawak abangnyer tak kasi. Gambar gadis bertudung ungu kena hold dulu. Macam gsh da la pulak. ala.. yang group screen and hold tu. teringat blood bank. teringat spital. teringat queen elizabeth. tak nak!! tak nak!! kalau nak saksikan drama air mata, sila datang KLIA jumaat depan. sekian~
nota:
Kat Sunway.. walaupun tak tidur dari semalam, masih aktif lagi. aktif la sebab pekena domino's pizza. Awa belanja. Konon nak legakan hati saya la. Kalau tiap kali macam ni, maunyer jadi anak badak saya ni nanti. Thanx awa kerana sentiasa cuba nak menggemukkan saya. Eh, awk.. baru teringat. may nanti cerita kung fu panda 2 keluar la. mana boleh miss tengok kembar saya tu kn. tp kat sabah la pulak. kawan2 saya nak ikut ke saya gi tengok. Diaorang macam tak suka cerita kanak2 je. erm, tak kira la. Boleh jer saya gi sorang kan. kan. kan..
2 comments:
alamak... tataw pon. penulis rupenye?
hhuhuhu.. rahsia~~~
Post a Comment