Thursday, May 26, 2011
~Dunia kita berbeza..~
Wednesday, May 25, 2011
Setia..
Today is a bad day?
Tuesday, May 24, 2011
Counting the days.
Monday, May 23, 2011
Jd kuat blh tak?
Saturday, May 21, 2011
`nTAH..
11pm baru sampai di rumah. kepenatan. Ngantuk yang amat. nmpaknya harapan tinggal harapan. hari ni tak dpt nk buat tugasan mr. K.. Esok pulak la.
Rancangan masa depan untuk esok:
1) cari semua autoimmune disease yang ada kat malaysia ni
2) cari test yang sesuai utk detect disease tu
3) cari instrument yg sesuai
4) Management team/ organisational structure
5) Lab plan/ floor plan etc
6) sourcing and technology used
ape lg ek yg perlu ada? financing/budget tak payah la masukkn. biar mr. k pk sendiri. nk buat dlm bentuk report or slide show ek? antar ala2 blue print kang terkejut pulak dia. Buat dua2 ok gak kn. ok la. bt dlm bentuk word n slide show.
Friday, May 20, 2011
Tak spesifik..
lagi cerita tentang mr. k..
Pg td masuk lab, mr. k kata dia tak ada mood. tapi macam biasa, w/pn dia tak ada mood, dia tetap ada mood nak buat sesi soal jawab dengan kteorg.. soalan serang hendap@ kbkk: apa keistimewaan test typhidot? apa limitation/ keburukan test kit yg digunakan? apa kelebihan test kit tu? Kenapa nama retrovirus ialah retrovirus? hua3..
Sekali lagi ada assignment daripada mr. k.. kali ni rasa macam tak kn bermakna je cuti hujung minggu ni. :( Assignment: Imagine that you are a lab manager. you are asked to set up a hematology lab that specifically offers tests for autoimmune disease. find out the tests that should be included plus the management system of the lab, the instrument will be used, reagents, workers etc. Attract the investor to invest.
ok. soalan yg mencabar bagi saya. setakat ni tak mula apa-apa pun lagi. Isnin kena present dpn mr. K.. oho.. lupa pulak soalan mr. K before balik tadi. macam mana plain tube with gel berfungsi.. isnin kena bentangkan gak. blh bt.. blh bt.. think positive ya!
sekejap sungguh masa berlalu. dah seminggu kat sini. rutin harian masa di semenanjung diubah sikitttt je. Disebabkan subuh yg agak awal, tiap2 hari bgn pukul 5 pg (sesuatu yg susah dilakukan ms kat smenanjung kot). Dah bgn, tak boleh tidur. Matahari dah naik, xde mood nak tidur.. Malam tidur lambat. konon2 study. tak sure la concentrate ke tak kat buku tu. ke buku lain yg ditengok? hua3.. yg pasti ,pg2 terpaksa curi2 masa belek2 buku before pergi lab. takut nnti tak terjawab pulak soalan mr. k.. Hari2 naik bas, kdg2 jln kaki dan selalu naik tangga. Kalau lama-lama mcm ni, dari berat 51 kg kompem boleh turun ke 44kg mcm kat klang dulu..
Wednesday, May 18, 2011
1st day n 2nd day...
Alhamdulillah..
alhamdulillah. stakat ni semua soalan mr. k dpt dijawab.. ye ke? opss.. ada 1 soalan yg xdpt jwb.. huhu.. malu i tau..
19 mei 2011
awal-awal pg masuk lab sero, mr. k bg ms 3 minit utk jwb soalan dia smalam. layan je la.. w/pn baru 2 hari, rs mcm dah tebal telinga. soalan peberet k.ummi n kwn2 lain setiap kali kteorang rehat n habis kerja: hari ni kena apa lak? mr. k bt apa kali ni?
hari ni nk duduk salah, berdiri pun salah.. tak tahu lah.. mujur staff yg lain ramah n baik2.. ptg td tiba2 selsema, mr. k kata sy menangis. dia ckp dia xsuka orang menangis. disebabkn tu, ada asignment baru utk sy---> cari detail pasal IgG, IgM, IgA n IgE.. oh.. mr. k.. Apalah dosa sy pada kamu?
kepenatan meresap seluruh urat saraf.. kih3.. lps masak n mkn, msg2 xbuka buku pn. setakat ni malas nk buat revision lagi..
tetiba rasa rindu kat klang.. :(
Monday, May 16, 2011
sena, anak kecil, pasar
angin sepoi-sepoi bahasa kuhirup segar..
juntaian bunga-bunga sena
mengiring perjalanan
indah bumi ciptaan Tuhan..
***********
anak kecil datang menghampiri
wajah redup
tiada bernoda
bersih tanpa calitan dosa
anak kecil belum bisa mengerti
mana kita untuk melindungi?
anak kecil tercari-cari
arah mana yang harus dilalui
mana kita untuk membimbing?
anak kecil lahir bagai kapas putih..
anugerah Illahi hadiah suci
moga kapas putih memberi erti
moga tidak tercalit kotoran di kemudian hari
****************
orang berasak-asak
pagi, petang dan malam
muda dan tua
adam dan hawa
masih memenuhi ruang
muda dan tua
adam dan hawa
pelbagai agama dan bangsa
di satu ruang yang hingar
(pasar philippine)
~the end: ketandusan idea dan rasa ~
trettt tet tetttt.. no idea for the tittle. sekian~
Saturday, May 14, 2011
langit di sini berbeza..
Dah masuk hari ke-2 di Sabah. Alhamdulillah. segalanya ok. Naik kapal terbang pn ok. haha.. cuma sedikit takut, gayat n bosan.. Rumah sewa juga ok. xjauh drpd hospital queen..
duduk tepi tingkap.. best kn.. amy jeles..
nota:
cuti pesta menuai insyaAllah akan ke sandakan, rumah ram. ayah ram nelayan. rumah tepi laut. mesti best kn. nk ikut cari hasil laut gak. ayah ram janji nak bawa g pulau berhala n mn ntah lg.. yihaaa.. nak ikut? jom2..
dah 2 ari di sini. dah blh sikit2 ckp sleng sabah. hua2..
Thursday, May 12, 2011
Selamat Tinggal
from google..
Wednesday, May 11, 2011
Dedikasi buat awa..
Kawan baik yang istimewa.. susah utk dicari.. bila ada, mampukah utk dihargai? renung-renungkan dan selamat beramal..
Kenangan karangan My Best Friend
Masa sekolah dulu, bila cikgu suruh buat karangan My Best Friend, saya main tangkap muat je. mana yg rapat dgn sy, itulah kawan baik saya. tapi betul ke dia kawan baik saya? Masa tu definasi kawan baik ialah---> dia mesti kawan yang selalu ada dengan saya, 1 kelas yg sama, rehat sama2. Kanak-kanak sungguh pemikiran waktu dulu. setaraf la dgn umur kn.
Bila di peringkat diploma, masa tu la sy faham erti KAWAN BAIK. Definisi kawan baik saya ketika tu ialah---> berkongsi susah dan senang bersama, tiada rahsia antara kita, telus, saling tegur-menegur, tak hipokrit dll.. Sepanjang saya hidup ni, ramai yang berkawan baik tp pada hal-hal tertentu menjadi hipokrit antara 1 sama lain. Cthnya, bila si A membuat silap, si B takut nak tegur tp di belakang si A, si B luah rs tak puas hati. Antara kawan baik patutnya lagi senang nak tegur apa2.
Tiada rahsia antara kita. Mungkin ada hal tertentu yg patut dirahsiakan. kui3..
Awatif Samat. Ramai yang tak tahu keluarga sy dah lama kenal dengan keluarga dia sebelum kteorang lahir lagi. Masa kecik2 mungkin kteorang pernah main sama2 kat rumah p.cik awa. huhu.. kendian, tak tahu kewujudan awa dah. budak-budak umo 3, 4 thn, takat mn la memori dia. pergi mn2 pn, ada jer kawannya. mana la nak ingat semua. Sehinggalah kteorang berjumpa semula bila dah besar gedabak ni. kebetulan serumah dengan dia di Kolej Alamanda. Masuk sem 3 n 4, serumah sewa juga dengan dia ni.
Pemikiran dangkal manusia
Tau je ramai yang tak suka kteorang berkawan rapat. Dengki lettuw.. Tak heran pun. w/pn sy kawan rapat dengan awa, bukannya setiap masa sy dgn dia. Sy kwn dgn orang lain gak. cuma masa dlu sy kurang rapat dgn coursemates dan seangkatan dengannya. so, orang salah faham. Masa tu kawan2 kebanyakan dari course lain dan budak degree.. hihi.. Ada la dengar khabar2 angin cakap sy n awa ni pasangan luar tabii.. Lesbian la.. euwwww.. semoga aman la orang-orang yg fikir macam tu. Saya tak heran sangat orang nk cakap camtu. Mula-mula je jiwa sensitip pastu entah macam mana boleh jadi kuat lak. Awa lak yang terlebih emo. muka je rock tapi dlm hati ada taman.. kih3..
Masa sem 4 keadaan ok je. Ikut nasihat Miss Eva. Pergi kelas, balik kelas. Discuss benda-benda penting pastu balik rumah sewa. Dunia kawan-kawan sediploma tak ambik tahu sangat. Ambik keputusan tak nak duduk kolej. Awa n Betty yang temankan. Dua2 housemates tu lak dak degree OT. xpe.. sy ada kwn baik..
Bila awa n betty g practical kat Melaka, sy duduk rumah sewa sorang-sorang. First day menangis macam orang kematian anak. Ellhaz yg tau sy n awa rapat, kol sy selalu. macam kelakar la pulak.
"Pilihlah dia. Dia je faham kita kawan baik."
Sy tahu la si Ellhaz tu tau sy n awa kwn baik tp tak perlu kot kenen2 kn sy dengan dia. Sy mengaku Ellhaz tu baik dengan awa tp tak kn sebab tu je kot.. Kalau boleh awa nk sy dengan Ellhaz. Awa tak setuju dengan pilihan hati sy. kata dia, pilihan hati sy akan membunuh jiwa sy. Dia tak berkenan dgn ayat yg dia gunakan.. hahaha.. terlalu melindungi pn payah juga. Tak semua keputusan awa tu betul. tak semua jangkaan awa tu tepat. awa juga manusia biasa. Akhirnya Ellhaz bertunang dengan orang lain. InsyaAllah bakal berkahwin dalam tahun ni. Sekarang baru awa sedar siapa sebenarnya Ellhaz..
Awa versus HasbulDua2 sy sayang. Dah jadi kawan. Baguslah. kalau ada jodoh, adalah. kalau tak ada, tak de la awa jd sepupu sy.. hehe.. Kalau Awa berjodoh dengan Hasbul, memang beruntung la awa. insyaAllah Hasbul pembimbing yang baik, mampu jadi ketua keluarga yang baik dan InsyaAllah awa akan disayangi oleh keluarga Hasbul. Tak merokok, sayang family, hormat orang tua, merendah diri, tak tinggal solat (kul 5.30 pg lg da bangun dak ni kalau kat kg. ms tu sy tgh berdengkur lg. kih3..)Promote sepupu secara habis-habisan nampak.. :p tp mamat ni pun ada je kelemahannya. erm.. kalau minah tu kahwin dgn mamat tu, maknanya kena duk sabah la mereka berdua. Jauh la kita nanti.. huhu..
Awatif samat- dia bukanlah perfect dari semua segi. tak siapa pun yang sempurna. Ada juga hal-hal yang akan buat sy angin. Ada juga sikap dia yang buat saya membebel 24 jam. yang penting sy tau siapa dia. Awa selalu pertahankan sy sampai kadang-kadang dia yang kena marah. Ya. Saya juga marah dia tp sy tak akan sampai hati bila saya ingat siapa dia. Bagi saya, Allah dah hadiahkan keluarga yang sempurna utk sy sedangkan awa perlu belajar hidup berdikari sejak umur 11 thn selepas ayah dia meninggal dunia.
Kita Berbeza tapi kita kembar jiwa
Awatif samat- dia bukanlah perfect dari semua segi. tak siapa pun yang sempurna. Ada juga hal-hal yang akan buat sy angin. Ada juga sikap dia yang buat saya membebel 24 jam. yang penting sy tau siapa dia. Awa selalu pertahankan sy sampai kadang-kadang dia yang kena marah. Ya. Saya juga marah, tp sy tak akan sampai hati bila saya ingat siapa dia. Bagi saya, Allah dah hadiahkan keluarga yang sempurna utk sy sedangkan awa perlu belajar hidup berdikari sejak umur 11 thn selepas ayah dia meninggal dunia. Sebab tu, lps sy marah kat awa, sy marah orang tu. Sejak kejadian, awa dah tak masuk campur hal tu. Saya tahu niat awa. cerita di sebalik cerita sukar utk dimengertikan. orang di sebalik tabir diluar lensa kamera kehidupan- terlepas dr pandangan subjek. itu sesuatu yg biasa..
waspada dengan sekeliling
kawan yang boleh dipercayai. kawan yang mampu meracuni. Berwaspada setiap detik dan ketika. kepercayaan boleh dinoda. Niat hanya Allah yang mengetahui.
Persediaan meredah laut China Selatan..
Saturday, May 07, 2011
Happy Mother's Day..
Everyday is mother's day =)
Hari ni ke Mother's Day? tak pernah ambik tahu pn. sbb bg saya hari-hari ialah mother's day. Ni pun sbb mak telefon, cakap ela wish mother's day awal-awal pagi lg td. hehe.. tahun ni tak ada hadiah tau mak. (erk. bkn tetiap thn ke xde hadiah? kih3..) Hadiah plg berharga: doa moga mak sihat, dilindungiNya, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, sentiasa bersabar dlm ujian dan rahmatNya n tak lupa moga rumah tangga yang dibina dikurniakan mawaddah wa rahmah hingga akhir hayat..
sabarlah duhai hati..
Tetiba lak ada gambar ni.. senyum.. senyum..
nota:
Betul-betul menguji kesabaran. Di mana saya berada, ada je hal yang berkaitan dengan SABAR. Mengamuk tak korang kalau ada kawan yang makan tp tak nak basuh pinggan sedangkn korang penat memasak? sebab tak nak sesakkan sink, korang lah yang terpaksa cucikn. sabar tak korang kalau tetiap masa korang yang perlu tutup suis lampu sedangkan orang yang membuka buat tak tahu? sabar tak kalau bila korang tutup suis dan bila korang masuk ke bilik, ada orang yang buka suis tu semula tapi tak tutup semula bila dia tiada di ruang tu n korang kena tutup suis tu semula. dan hal tu berulang lagi hampir 4, 5 kali. sabar tak korang kalau bil elektrik utk sebulan mencecah sratus ringgit sedangkan korang selalu tak ada di rumah? sabar tak korang kalau broadband korang dipinjam sebab nak tengok you tube sampai melebihi actual limit dan bil juga meningkat. sabar tak korang kalau kawan korang sorokkan info tentang pelajaran dari korang? sabar tak korang kalau kawan yang agak rapat dengan korang hanya fotostat buku untuk dia sahaja? sedangkan korang sentiasa jaga kebajikan dia. Tak tahu sampai bila sabar ni akan terus ada. yang pasti, saya akan tetap suruh mak doakan supaya saya sentiasa sabar dalam kehidupan ni. Mujur awa ada, dia lah yang selalu mendengar. sekarang dah tahu kn kenapa saya rapat dengan awa sampai masa diploma dulu ada orang buat fitnah yang sy ni lesbian. Ya. sabar tu sangat penting. Kalau saya tak sabar, saya tak akan jadi seperti saya sekarang ni. Anggap ujian rahmat Tuhan..
Friday, May 06, 2011
wo de ren zenmeyang?
apa-apa je..
Thursday, May 05, 2011
Perempuan muda & mak cik tua
Wednesday, May 04, 2011
PBAKL 2011
Tuesday, May 03, 2011
~Penat~
i just want to close my eyes for a minute.. rest my mind for 10 minutes.. get a nap..
nota: esok nak cerita tentang PBAKL.. :)