Sy nak cerita tentang seorang lelaki ni, yg sy kenal lebih kurang 8 tahun yg lalu.
Lelaki tu berwajah pan Asia, bermata redup.. (sy sgt suka mata dia!) Dia ni pelat sikit cakap melayu, tom yam dpnggil thom yim. Mjurlah org lain faham jugak. Sbb menetap agak lama di Amsterdam, tak pernah balik Malaysia hingga umur dia 12 tahun, lidah pun dah liat sangat nak cakap Melayu.
Sy tak sure pulak kehidupan dia di Amsterdam macam mana. Yang sy tahu, dia suka duduk dlm bilik sebab takut kat ayah tiri dia. Kesian kat dia kn.. L Sy juga tak tahu macam mana dia blh dibawa blik ke Malaysia. Yang saya tahu ayah dia peguam dan cuba failkan kes tu n lepas tu saya dah tak faham sangat.. hehe..
Sy kenal dengan dia masa sy sekolah menengah lagi. kteorg bkn 1 sekolah k. sy di Selangor dan dia di perak. Semuanya ok. Sy slalunya contact dengan dia guna surat. Sgt klasik kn. Mcm org zaman dlu2 kala kn n mungkin ada org kata yg kteorg ni xbteknologi, xpn cm jiwang gila nk tulis2 surat ni. Fikirlah apa2 pn. Sy cuma nak tlg dia. Kalau tulis surat, dia blh blajar bahasa Melayu penulisan. At least, dia blh praktis penulisan.. hihi..
Sy jrg jumpa dia sbb sy xnk jmpa. Bt apa jumpa kn, bnyak lg benda lain blh bt. Dia pn sy tgk taklah kisah sgt pn.. huhu.. Tp setiap kali sy nk balik Selangor, dia akan hantar sy di stesen bas. Haha.. tp bkn hantar mcm org lain selalu hantar tu. Dia juz duduk kat stesen bas and pandang sy dr jauh pastu senyum and sy pn akan senyum. Dia selalu bt muka n gaya konon2nya dah abis cool la tu..
dia suka buat benda tanpa fikir dulu. Prangai dia ni sebijik macam perangai saya. Ikut suka hati je nak bt apa2. nk beli apa2 pn main belasah je. Gaya macam orang dah msuk zaman 20-an (ni dia je. Sy tak..) tp yg ni sy tak pelik sangat coz dia da terbiasa hidup macam tu di negara dia dlu..
Kdg2 sy rs dia ni bertuah gak balik ke Malaysia. Bolehlah dia belajar agama daripada nenek dia tu. Tak lah tersesat macam dulu.. kira macam balik ke pangkal jalan la ni..
Tp yang paling sy bengang sepanjang sy kawan dengan dia ialah….
Ialah...
Hari t'akhir dia di dunia ni, tak ada sesiapa pun yang bagitahu sy. L
Sy tahu hanya dah lepas sebulan! Patut la sy kol masuk voice mail. Semua orang sembunyikan daripada sy. Alasan: tak nak saya terganggu. Tp lambat laun saya akan tahu juga kn. Sy rasa macam nak cekik je sepupu saya sebab dia la yang punya angkara. Sampai ke hari ni sy tak berapa okay dgn spupu saya tu.. saya dah maafkan tapi nak buat macam biasa sgt susah ok.
Al-fatihah utk awak, ahmad khairul nazreen..
saya akan ingat semua nasihat awak untuk saya yang degil ni..
- sy dah makan nasi bertambah tapi macam masalah lak bila berat badan saya pun ikut bertambah sekali. Huhu..
- Awak suruh saya jadi perempuan yang berdikari, saya dah berjaya pun.
- Awak suruh saya istiqamah, yang ni kdg2 blh kdg2 x..
- Awak suruh saya lupakan awak n sy terpaksa bakar semua surat awak dan apa sahaja yg berkaitan dengan awak.. tp skrang rs menyesal lak buat macam tu. Sy selalu macam tu kan. Buat sesuatu tak fikir dulu, pastu baru nak menyesal.
- Erm.. Awak suruh saya jumpa mama awk tapi saya tak jumpa pun sebab saya takut (takut dlm definasi sy sndiri- takut pd kenyataan, takut kalau sy emo terlebih) dan akhirnya sy dah lost contact dgn family awk- ni pn agak menyesal gak.. sy rindu Qistina.. rindu pada angah dan alang juga.. agak2 diaorang ingat saya lagi tak?
1 comment:
mcm gila blh post benda mcm ni. tp akhirnya sy berjaya. berjaya utk bdepan dgn kenyataan. xperlu sembunyi2 dah, makin sesak jiwa. sy yakin nazreen juga xmahu sy hidup dlm kenangan. w/pn sy khilangan, sy patut bersyukur!
Post a Comment