FITRAH's Followers

Monday, March 14, 2011

RASHID DE HUNLI (Rashid punya majlis kahwin)..

Ahad seawal pagi dah bertolak ke JOHOR. Mula-mula malas nak pergi tp memandangkan tu ialah kenduri kahwin sepupu lelaki saya yg tua setahun jer dari saya, saya pergi la gak. Penat hari sabtu terasa lagi. Tu lah.. saper suruh berfoya2 dari pagi sampai ke malam? Gegeee.. tapi citer HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA saya suka. terjatuh cinta pule pada Stephen Rahman.. huwargh.. melencong ke situ lak..

Ni la 1st time saya pergi kenduri yang disuruh berarak pengantin pukul 3 ptg.. sangat lambat.. huhu.. perut pulak dah bernyanyi syahdu. Tu pun mujur dah disumbat dengan bihun goreng, pulut, rendang ayam, nasi lemak, biskut segala bagai- ni yg buat sy konpius berapa besar perut saya sampaikan saya boleh kelaparan lagi.. tetttt…



Yang bestnyer pasal kenduri ni sebab pengantin lelaki kena bayar tol sebelum masuk.. haha.. padan muka sepupu saya tu.. xpe la beb.. tu pun kira amal jariah gak tu.. bagus pe.. tambah pahala kamu.. insyaAllah.. Tok Man kata, kadang2 diorang akan suruh pengantin lelaki baca al-Quran sebelum masuk. Ermmm.. Kempunan saya nak dengar kamu baca al-Quran..







enterframe jer kejenyer.. kali ni ltak 1 gmbar je la..






letak la gambar pengantin sikit..




letak gmbar bonda 1


sy, ain & nur qurratul damia.. mia baby sy yg tembam dan bnyak ragam.. kn mia kn.. gegeee.

Next saya sekeluarga n keluarga adik2 mak ke Simpang Renggam, rumah keluarga Cikgu Hasbul.. kira ruma mak sedare saya la.. M.cik saya pengusaha tempe.. Seronok betul perut saya dapat makan tempe. Siap tapau lagi tempe yg mentah tu. Jap lagi nak mask sambal tempe la.. (meleleh air liur.. slurp..) Mak Cik kata, makan tempe banyak khasiat especially untuk brain. Patutlah semua anak2 m.cik bijak2 and berjaya belaka. Ni buat saya semangat nk makan tempe ni. Demi anak2 saya suatu hari nanti. Ececeee.. tak boleh blah betul.,

Jam pukul 10, abah mmg angkat bendera putih untuk drive memalam buta tu. Dari Simpang Renggam saya jadi driver. Abah duduk belakang dengan 2 orang anak sedare saya. Yg lelaki sumer duduk belakang.. Sabar je la... n bertambah sabar bila kedengaran bunyi dengkur dari belakang dan dr sisi kiri saya.. huhu.. sampai hati biar saya drive sorang2.. drive la sy sambil melayan perasaan..


Jam 12.30 smpai la saya di Cheras. Tu pun sy pecut habis 120, 130 km/j. gegegeee.. kalau kena saman, abis la saya kena luku dengan abah..



Nota kaki:

Hari ni brehat di rumah je kerja saya. Lpas kemas rumah, melepak atas katil. Lpas mkn, tido.. apa nk jadi da.. pagi2 esok nak balik Puncak Alam. Khamis ada test Health Information System, perlu buat revision lebih masa. Next week ada presentation pasal Cystic Fibrosis Analysis. Perlu siapkan slide jugak. Jumaat dah bertolak ke Perak pulak. Xpe.. xpe.. InsyaAllah semuanya boleh diuruskan.. =)









No comments: