usahlah bermegah dengan pakaian mewah yang dipakai, kerana pakaian akhir kita nanti hanyalah kain kapan putih.
Usahlah riya' dengan rumah mewah umpama istana yang kita duduki sedangkan bila habis nyawa nanti, rumah kita hanyalah kubur bertiang dua.
usahlah berbangga dengan kereta mewah yang kita miliki, kerana hakikatnya kenderaan akhir kita ialah van jenazah dan juga keranda.
usahlah bermegah dengan tilam empuk dan bilik nyaman mengulit mimpi kerana hakikatnya kita akhirnya akan bersemadi di liang lahad yang sepi.
usahlah menyombong diri dengan kecantikan wajah yang dimiliki, kerana bila kita tiada nanti wajah yang cantik dimamah bumi, tinggallah rangka dan tengkorak yang berbaki.
Bersederhanalah dalam kehidupan ini sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah..
gambar sumber dari google atau lebih tepat lg dari Kata-kata bijak.
petikan daripada solusi & diubahsuai mengikut kehendak hati.. ;)
No comments:
Post a Comment