FITRAH's Followers

Saturday, April 30, 2011

Hafal.. Hafal.. Hafal.. *Pengsan*


Kena dera dengan Awatif Samat. Seharian kena kurung dalam bilik. Kalau tak dapat hafal 1 buku HIS ni, tak boleh keluar dari rumah ni, tak boleh g jalan2.. huhu.. Atas ugutan dia tu, hari ni dah berjaya hafal 5 bab.. macam tak percaya pulak.. so, sok bolehlah pergi PWTC dgn hati yang tenang bagai langit biru.. heheee~





note: Lps maghrib ni nak balik cheras. nak hafal 1 bab jap sebelum balik.. Bagus tak saya? :p

Friday, April 29, 2011

April menutup tirai.

1st April 2011. Location: Shah Alam


Meltech Dinner

1st time kot gi diner macam ni. Masa diploma malas nak layan aktiviti2 camni- bosan jer. ni pn teramat bosan sampai da merata-rata merayapnya dengan Si Elly. Habis semua table kteorang gi melawat. Makanan? Boleh la. tak cukup umphh. sedap masakan dari air tangan saya ni lagi kot.. hehe.. Cukup la sekali g dinner ni. Serik dah.. suruh naik gunung tok wan sploh kali lagi sy sanggup lagi kot..



FRIENDS. from left: Elly, me, k.ummi, amy & erni




with friends and fatihah



With Fatihah, En. Nazri's little princess.


8th April 2011. Location: UiTM Puncak Alam

Mandarin Project


Saya sebagai Lily ;) yea! Penat betul nak siapkan projek drama mandarin ni. Tapi hasil akhirnya agak mengecewakan. Process editing kurang memuaskan. Rasa nak mengamuk? lebih dari tu rasanya. tapi terimalah dengan redha. Kalau bising-bising extreme nanti, kecik ati la pulak.





21st April 2011. Location: Cheras, Kajang, Bangi
"Jalan-Jalan Dengan Budak-Budak Kecik"



sibuk jugak driver ni. ambik feel before drive jap. Muka serabut..





wa ganas la kununnyer letttuw. tak takut. tak takut.. (kunun nak kasik warning kat mak su dia suruh drive dgn comelnyer.. hua3..)


Kesian tengok budak-budak ni tak g berjalan ke mana pun. bawak la gi jalan-jalan dari Kajang ke Bangi lepas tu singgah kat Cheras Perdana, beli bekalan makanan. Masa sampai kat Kajang baru sedar purse tinggal kat rumah, maknanya lesen kereta pun tinggal sekali la. hua3.. takut tapi muka selamba jer drive pergi Bangi lak. Sesak yang amat masa nak balik dari Bangi, dengan hujan ributnya. 'lori' bomba gedabak nak lalu la pulak. dua pulak tu. ada accident la tu..bawak lelaju lagi. dah accident kan susahkn encik bomba n saya yang tak bawak lesen ni sekali..



23rd April 2011. Location: SK Bandar Tun Hussein Onn
"Sukaneka Aiman"




mkn aiskrim. sementara si Muhaimin capture gambar, kita makan aiskrim dia puas2!



Masa ni Abg Sayohti kerja n Kak Ena lak sibuk jaga budak kecik banyak songeh kat rumah dia. Subuh2 lagi kak ena dah call beritahu Aiman ada sukaneka. Sebab kesian kat Aiman, saya pergi la gak sukaneka dia tu walaupun selalunya sabtu saya lebih suka duduk rumah tengok cerita detective conan. haha.. tak sia-sia datang, si Aiman ni dapat gak pingat emas. Acara lari lompat2 pe benda ntah. layan je la.. Duduk layan sambil minum air free. berulang-alik budak2 tu ambik air free utk auntie dia ni. ate.. kecik benor cawannyer. next year nak request, kasi cawan besar sikit. Lepas layan minum air masam tak tau perisa pe tu, budak2 nak makan aiskrim lak. Layan je la.. singgit satu je pon. orang melayu yang buat. Halalan toyyibah.



note:



ada lagi sebenarnya ni. cth cam gi PC fair, jalan2 cari makan, jln2 teman orang tp tak payah la nk cite. bt sibuk je kat cni. ermm.. Bln 4 ni banyak aktiviti kekeluargaan and persatuan meltech je. Aktiviti extreme tak ada pun. agak sedikit kebosanan di situ. tapi agak-agak la kan. Ni kaki baru nak rasa lega sikit. Mana taknya sakit, selang sehari lepas gi Broga + Gunung Tok Wan, sibuk2 join latihan bola jaring lak. lepas tu gi Dinner lak. pakai kasut high hill le kononnya. padan muka. pape pn, group kteorang menang. bangga w/pn jd pemain simpanan jer. hahaha..

Thursday, April 28, 2011

no title.. (senang kan macam ni je. pening nak pk tajuk pe.)


There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn & people we can't live without but have to let go...





Can't stop drawing..


note:


:( :( :( ..Susah Hati.. :( :( :(


saya benci awak..



gambar sumber abg google..


Comel kan gambar kat atas tu. Tapi apa ye hak kita nak membenci seseorang? ;)


cek link ni ---> Jangan Ada Benci


Wednesday, April 27, 2011

Bagaimana Harus Memilih

seorang kawan pernah bertanya, kenapa awak tak memilih dia? kalau awak pilih dia tentu awak dah bahagia. sudah ada keluarga sendiri..




kawan bertanya lagi, kenapa awak tak memilih dia? kalau awak pilih dia, tentu awak dah jadi tunangan orang. Tentu bahagia kan..




kawan terusan bertanya, kenapa tidak beri peluang kepada dia? Dia mungkin yang terbaik untuk awak..







Kalaulah kawan mengerti..






tajuk post berserta isi hanyalah tulisan semata. tiada kaitan dengan yang telah tiada.. sekadar 1 coretan biasa.



foot note:



Revision untuk paper ENT alhamdulillah dah hampir selesai. Tinggal nak menghafal point2 tertentu je. Malam ni nak buat aktiviti meminta berkat dari kengkawan la pulak (bak kata si Adil tu~ ce kol or msg org2 kat skeliling korang minta doakan korang blh jwb sok. kasi berkat sikit.) hurm.. iyo la Adil. Jap lagi i buat k.. :P.. erm.. Pagi-pagi sok baru nak call Mak n abah la.. Malam ni kasi terjah mereka semua di FB dulu. Yeay!



Tuesday, April 26, 2011

Dalam hati ada Hijau



Petang dah muncul
matahari nak terbenam
saya keluar bilik
duduk di depan pula
saya suka-suka
berbloging saja
hati ceria walau exam lusa aje..
~Lalala


(sila nyanyi ikut irama lagu kanak2 mcam kita kat sekolah dlu ok!)



Tak pe. exam lusa bukan esok.. (zahirah like this. Dush2!!)

Rasa nak bercerita. Rasa ketagih yang amat nak menulis dengan hati. huwaa.. macam mana tu?

Nak bercerita la. tapi macam mengumpat la pulak nanti. tak pe.. tak pe.. mengumpat itu kan harus especially dlm keadaan macam ni.

Saya ni bukan apa. Masa dalam bilik air tadi, tetiba jer teringat kat seseorang. Ha! tu mulalah fikir bukan2 tu. ish3..



Ceritanya macam ni.. Jeng3..






....................












........












.....












..






Rasa macam malas lak nak bercerita. Kalau saya bercerita nanti banyak sangat lak kemungkinannya.. Mesti panjang berjela sampai jari jemari ni rasa nak lempang jer muka tuannya yang comel ni. Tak pun nanti masa tengah2 best menaip, saya boleh bertukar jd incredible huck (tak ke naya tu). tak pun saya boleh jd emosional tahap boleh tadah air mata kasi hantaran puteri Gunung Ledang (sape nak pujuk nanti? ce cakap sikit..)




note:




susah hati tgk pokok hijau yg awa bagi tu.. Daun dah kuning2 macam nak mati jer. maafkan aku yer hijau sbb kasi baja salah kat kau. ingat tu baja tahi kambing yang su bawak dari kampung. rupa2nya baja yang Shahrul beli kat cameron. baja tu mmg da terlebih hebat sangat. dah 2 pokok musnah sbb baja tu- pokok daisy n pokok bunga merah pelik yang Sharul beli masa kat cameron. huhu.. sedih2. Harap2 hijau akan kuat semangat mcm tuannye ni (hua3.. euwwwww..). Anyway, dah cuba menyelamatkan hijau. dah cuba neutralized kn effect baja tu. tukar tanah je belum lagi ni (Rasa pH tanah dah berubah ni..). ate, nak cari mana tanahnya. nak g sg buluh tak ada kereta available pulak. Hari Isnin nak suruh mak bawak balik la. biar hijau bahagia duduk di Cheras.

Monday, April 25, 2011

Atas izinNya


kadang-kadang,
ada masa rasa ingin tersungkur,
terasa lemah dengan pendirian yang ada,
terasa harapan berlalu pergi..



ujian itu datang daripada Allah
menguji keteguhan hambaNya
Dengan izinNya juga kita masih mampu berdiri di sini..


********


Senyum..
Tak perlu kata apa-apa..

Kacak luar kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit... =)



Nota: ~ :) senyum itu indah kn.. senyum la.. sy suka.. hik3..

Beralih angin..

Bila balik Puncak Alam, rutin tetiba jer berubah..

Macam tadi, seawal 5.30 pg dah bangun buat sandwich telur. Kalau kat rumah tu, kalau alarm tak berbunyi lebih 2 kali, usah harap nak bangun. budget semuanya dah disediakan oleh bonda tercinta.. Penyakit malas menjadi-jadi la. ngeh3.. Tapi, nak prepare lunch sy masih jenguk2 ke dapur. cuma nak siapkan breakfast kat rumah ibubapa ni je rs malas tahap dinosour (erk.. btl ke eja binatang dino tu cmtu? mcm pelik jer.. ke prasaan jer..).


sebab kat Puncak Alam ni kedai nyer jauh and tak ada sesiapa yang nk sediakan breakfast, kenalah menjadi rajin. Nak tak nak, kena buat jugak. Tambah2 bila breakfast adalah wajib utk sy.. (tu la sy buat research pasal breakfast.. suka punya pasal. hu3)


Kat Puncak Alam ni satu jer masalahnye. Internet sgt slow mengalahkan siput sedut menyebabkan saya sungguh malas utk 'mengonlinekn' diri. Tapi kalau dah obses pada dunia teknologi tanpa sempadan ni (aiceh.. konon..), akan ada juga masa utk mengaktifkn abg broadband.. euwww.. seksi kn bila panggil abg broadband. (tanda2 otak tak berapa nak btl)


Satu subjek dah abis di cover. HIS dah selesai. (berlagak jer kn. padahal baru habis membaca jer). sekarang sesi bersantai bersama encik Acer yang dah sparuh nazak ni. Malam nak belajar advanced lab diagnostic lak. tgh malam nk online lagi. subuh pn nk online lg. ermm.. Alangkah bagusnya kalau istiqamah utk online ni ditukar kpd istiqamah utk bersolat sunat kn. ce la bt solat hajat ke. solat tahajud ke. solat istikharah ke. ada la gak pekdahnye. tu al-Quran atas meja tu, ce la rerajinkan sikit membacanye. setahun sekali nak khatam pun payah.. ish3.. apa la nak jadi kamu ni zahirah..

huhuhu.. ye la2. nak seimbangkan lah ni. offline.. offline... tetttttt...



nota kaki tgn: semalam chatting dgn mak ju. mak ju tanya dah sedia ke nak gi Sabah, barang2 dah siapkan.. erm.. tetiba rasa berdebar-debar. Ada tak cara yang terbaik nak ke sana tanpa guna benda alah yang terbang kat langit tu? atau selain drpd kenderaan atas air? 3 minggu je lagi ni. mcm mana ni.. erk.. *pengsan*


Saturday, April 23, 2011

Puisi Sepi

Sendiri itu sepi
Bila tiada keluarga di sisi
Bila tiada teman menemani
Sepi itu bisa sahaja menyentuh hati

Sepi dan sendiri
Hidup masih perlu dijalani.. (zaira fitrah)


********

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku.. (Khalil Gibran)

Friday, April 22, 2011

Fitrah Green Fingers

hari terakhir di rumah, nak upload gambar bnyak sikit. cer tengok hasil tgn mulus sy nih.. ;P








kenal tak ni buah apa? confirm rmai yg tak tau kn.. kn. ni prof ptanian nak bgtau sikit. inilah buah passion fruit. dlm bhasa melayunyer buah markisa. ada 2 jenis pokok markisa nih. 1 buah wrna kuning, 1 lg purple.. dua2 ada kat ruma sy ni. kalau ada yang mengidam, blh la contact sy yer. free jer.. Chef Liza pn suka buah ni ok. setiap kali dia dtg ruma jiran belakang sy ni, dia mesti tak lupa buah markisa kteorang ni. jemput2 mkn. buat air sdp ni. tak pn buat salad buah, cmpur dgn buah2 lain. Pergh.. meleleh air liuq ceq (skali ckp loghat kedah ikut belah abah la pulak..)



buah peberet. ada sebiji je pun. bkn musim lg ni. erk.. ada musim ke buah durian belanda ni?



buah labu.


petola yg sy tanam.. dah hidup subur sangat. setakat ni dah berbuah lebih drpd 20 biji.. proaktive btul kn.. bagus2.. mcm ni la yg kte mau kn..



peria.. mak tanam. comey mcm tuannyer jugak.. hehe

Bagaikan langit biru..


Dia bulat dan gemuk..
boleh jadi kurus.
boleh jadi sedang-sedang..
cerah, putih..
nak kata tinggi, tak tinggi.
nak kata rendah, tak rendah.

bila senyum nampak manis
bila tak senyum nampak hurm..

kelam-kabut tanda sibuk
berkerut-kerut kening tanda pelik
garu-garu kepala bukan tak tahu
berpeluh bukan cemas
tak bertegur, bukan sombong

bila berkata, terasa biasa
bila menulis, rasa bagai dihiris
hakikatnya tidak sempurna
dalam keras ada lembutnya
yang diluar, bkn di dalam
ihsan sentiasa ada
intuisi menjadi bimbingan

tegasnya bersebab
kepercayaannya tegar
kehambaannya wujud
dia adalah dia
siapakah dia?


sungguh pelik.. sungguh pelik..
kenapa hati bagaikan langit biru..
meski angin sudah lama bertiup kencang?


Hati saya berbunga Sakura..~lalalalala~

Syukur.. Alhamdulillah..



Nota Adania dah jadi best seller.. Perasaan? sukar utk digambarkan.


Nota Adania~ingatan buat seorang sahabat..


note:Semoga hati tak terpesong dengan nikmat dunia ni. Semoga dijauhkan dari sikap riya' & takabur.
nota lagi: Baru sedar bln ni ada 30 hari jer. cis! ape ke slow sangat kamu ni, zahirah? mesti ada orang yg pelik kalau tengok jadual revision sy tu. suka2 jer tambah 31 April.. sedar diri sikit ok. exam dah nk dekat. jgn bt alasan nk tambah2 hari lak ok.. dush! dush!

Cute nyer..





Gambar ambik tanpa izin dari Adele Enerson







Gambar ambik dgn izin dari Cik Ain- ain punya cerita






sangat kreatif ok.. masa tdo pun boleh jd sesuatu yg comel.. blh tiru ni tapi kena buat pengubahsuaian sikit. kalau tak, mau nyer kena saman nanti. takut ler awok.. untuk yg nak meniru idea ni, blh la buat len dari yang lain cthnya utk gambar yang atas tu, gantungkan sekali suami anda di sbelah baby anda. lagi nice kn.. background kat pasir pantai.. rumput kat ats tu kte tukar jd air laut yg real punya. baru nampak natural sikit. suka! suka! Kalau tak nak idea macam saya ni, capture jer gambar tiru bulat2 idea si adele nih. lps tu letak jer dalam album, tak payah post2 kat fb or blog. Bukannya si Adele tu dpt trace pn gambar dalam album kita.. kn. kn. kn..


err.. si Adele ni tau bahasa Melayu tak? erk..

kuseru namamu KEKASIH

Kuseru namamu kekasih
dalam doa qudusku
dalam setiap langkah perjalananku
dalam lena dan jagaku..

Kau kekasih..
yang pernah aku tinggalkan
dalam keseronokan duniawi yang tiada bertepi
kau yang pernah kuabaikan
dalam kesibukan yang tidak pernah reda
kau yang pernah kusiakan
dalam lontaran nafsu tanpa akal

Kau kekasih..
yang tidak pernah meninggalkan
meski diriMu sering kulupakan
yang sering memaafkan
meski zarah dosa mengalir dalam setiap denyutan nadi ini

Kuseru namamu kekasih
dalam setiap degupan jantungku
hakikat yakin kutemui
cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Kasih suci nan indah hanyalah untukMu

Wednesday, April 20, 2011

Revision itu bagus.


Perancangan revision harus dimulakan (saat akhir bru nk buat. pe da..):


21 & 22 April: Health info system (should focus on 6 important chapters)


23, 24 & 25 April: Advanced Laboratory Diagnostic (focus on PCR, electrophoresis, RT-PCR, DNA sequencing etc)


25, 26 & 27 April: Techoentrepreneurship (read all the chapters and do remember each point..)


28th April: Exam. ENT paper.


28 & 29 April: again- Advanced lab.


30, 31st April, 2nd May: Health info system


1st May: Pesta Buku Antarabangsa


3rd May: EXAM. HIS.. (2.15 -5.15pm)


3rd May: do some revision~ Advanced lab


4th May: EXAM. ADVANCED LAB.


5, 6, 7th May: Health psychology (revision. read all the power point notes plus the text book)


8th May: EXAM. HEALTH PSYCHOLOGY. last paper..


Mujur final exam sem 6 ni 4 subjek jer. mujur biostatistic tak termasuk dlm final exam, hrp research group kteorg tak ada apa2 masalah.. mujur mandarin dah beres.. Lega sikit sem ni. tak seberat 2 sem yang lepas. sem 4: 23 jam kredit. sem lps smpai berlebih2 pulak jam kredit. sampai 24 jam kredit. Allah jer yang tahu. Masa tu la macam2 masalahnyer. Yang penting kena ikhlaskan hati, belajar krn Allah. insyaAllah, berkat w/pn rsult tak dapat dekan lagi.. ;)


nota kaki: perlu lebih focus kali ni.. minat dan hobi perlu diketepikan buat sementara waktu. semoga Allah permudahkan semua urusan- InsyaAllah. doakan saya :)

dari 30 hb ke 1st may


Dapat e-mail drpd Pn Haryani Karmilan.. sesi saya ditunda ke 1 May. dari pukul 3 hingga 4 ptg. Hari isnin. Labour day kn. Tak sure akan pergi atau tak sebab 3 dan 4 May exam.. Kalau pergi, hari Isnin tu juga kena balik ke Puncak Alam. Macam mana ni yer?


tak pe.. tak pe.. malam ni juga sy study subjek utk 3 & 4 May tu.. kih3.. semangat jer. nengok2 sibuk tengok cite hantu kak limah tu. haish.. tak boleh stop la tengok usop wheelcha tu. teringat opah di kampung.. hehe..



Apa kes nak seksa binatang ni? seksa diri sendiri la kalau nak popular..

manusia makin kejam.. berhati batu.. sekarang ni setiap kali buka facebook, ada je video dari youtube yang orang post. (ni mmg aktivt bese. xde nk heran pn). yg masalahnya, saya ni. saya yang curious nak tahu ni laju je play video nyer. kalau video lagu tu, saya layann.. tapi ada 1 jenis video ni yang sy rs nk pelempang, nak gigit2 n nk bakor je orang yang buat video tu.

apa punya bengong dan tak berperasaan lah orang mcm tu. seksa binatang ikut suka hati dia jer. macam dia yang menciptakan binatang tu jer. haish.. panas betul hati ni. kita kalau tengok binatang kat tepi jalan tu pun rasa macam nak menangis. ini sampai hati pijak2 arnab kecil tak berdosa tu sampai dah tak nampak rupa. ada yang sengaja bakar kucing. ada yang sengaja potong kaki kucing. apalah dosa binatang2 tu.

Bencilah kat orang berperangai macam tu. sebab nak video dia di view di seluruh dunia, nak kn kelainan dlm video tu, sanggup jadikan binatang sebagai taruhan.


Hati dah mati. yang tinggal jasad tiada roh. yang hitam menular jiwa. hapus mati keihsanan di hati..


menyesal tgk video td. ni air dr mata ni dah tak boleh b'henti dah. ambik kau. nak tengok sangat..

Hakikat Sebuah Kehidupan


usahlah bermegah dengan pakaian mewah yang dipakai, kerana pakaian akhir kita nanti hanyalah kain kapan putih.




Usahlah riya' dengan rumah mewah umpama istana yang kita duduki sedangkan bila habis nyawa nanti, rumah kita hanyalah kubur bertiang dua.




usahlah berbangga dengan kereta mewah yang kita miliki, kerana hakikatnya kenderaan akhir kita ialah van jenazah dan juga keranda.




usahlah bermegah dengan tilam empuk dan bilik nyaman mengulit mimpi kerana hakikatnya kita akhirnya akan bersemadi di liang lahad yang sepi.




usahlah menyombong diri dengan kecantikan wajah yang dimiliki, kerana bila kita tiada nanti wajah yang cantik dimamah bumi, tinggallah rangka dan tengkorak yang berbaki.


Bersederhanalah dalam kehidupan ini sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah..




gambar sumber dari google atau lebih tepat lg dari Kata-kata bijak.





petikan daripada solusi & diubahsuai mengikut kehendak hati.. ;)

Kerenah kanak2 sangat bermacam ragam

sekali lagi bercerita tentang kanak-kanak. Semalam teman kak ena pergi klinik gigi dr. Suhaiza, bawak la sekali budak kecik 3 orang tu. mak pun ikut sekali.


situasi 1, di klinik..


riuh rendah. kecoh yang amat ditambah aksi kejar mngejar sy dgn si Ammar nih. dia pun sibuk nak masuk bilik rawatan. makin berdenyut kaki ni dibuatnya. sabar2.. mujur xada orang. ruang menunggu tu dah sy jadikan macam rumah sendiri. siap duduk kat atas lantai dengan majalah berteraburnya.. hurm.. hurm..

sebab si Ammar ni dah mengamuk tahap hebatnyer, sy tpaksa cancel rawatan gigi sy. Mak kata, lain kali pergi lagi. iyer la..

situasi 2, Jaya Jusco Gouwu zhongxin..


tak tahu lah mana silapnya sampai Aqil buat aksi guling-guling kat lantai Jusco tu. bagus2.. bersih licin lantai tu ditonyohnyer. tak susah dah mak cik cleaner nak cuci2 nanti..


menguji kesabaran kteorang betullah si Aqil ni. Kalau dapat mengamuk, coklat Cadbury pn pandang sipi jer. mujur umor baru 3 thn. kalau tak, dah lama tinggalkan kat situ.. hua3.. kejam kn..


situasi 3, rumah..


Muhaimin buat pertunjukkan prasaan free. Bila besar, dah pandai memberontak. Dah pandai menjawab. Budak2 ni.. nak kata tak ajar, dah ajar. Abah mulalah berceramah "Muhaimin.. tak guna solat 5 waktu penuh tapi melawan cakap orang tua. sia2 kebaikan yang Mimin buat tu. orang balik dari surau, tak mengamuk2 macam tu. bla. bla.. bla.." (kan dah kena sebijik. baru balik surau, bt perangai lak)


anak sedare sy jwb lak "atuk ni tak best. atuk ipoh lagi senang." hua3.. rasa macam nak tempeleng jer kan budak ni. tp memikirkan yg dia ni baru drjah 5 n tak patut nk lempang dia dpn orang2 yang ramai kat rumah ni dgn niat nak jg maruah dia, saya tahan la keinginan tu.

tapi sy balas "Pergilah rumah atuk ipoh tu.." bunyi macam jauh hati je kn. kecik hati betul dgn perangai budak2 ni. tapi Muhaimin ni susah sikit nak melawan cakap saya. dia diam jer. Lepas beberapa minit, dah cool semua, bagilah dia guna internet. tengok kamen rider. lepas dah tengok tu, pandai cakap "terima kasih, mak su."


rasanya budak2 ni balik rumah deme nanti mesti kena kaunseling dgn Abg Sayohti. budak2 lelaki nakal dia lain macam sikit. bukan tak nasihat, dah berbakul2 nasihat sumbat kat telinga tu tp tak melekat kat jiwa. Bila dah marah, nafsu tu lebih menguasai.

budak2 ni bukannya tak baik. Kalau mood tengah ok tu, baik sungguh. tak payah nak suruh2 solat, laju jer 4 beradik tu pergi ambik wudhu' n solat jemaah. cakap pun lembut jer. sejuk hati..

hurm,, itulah fitrah kanak-kanak.. kita yang dewasa inilah yang perlu kuat menahan sabar dengan kerenah mereka n berterusan mendidik.. ingat, anak-anak ini juga ialah antara ujian daripada Allah.

Tuesday, April 19, 2011

ooo kome.. musim doryan dah berbunge

Bila buka facebook td, post pertama keluar di wall sy ialah pasal tempoyak.. slurppp.. trasa meleleh air liur. Tetiba laju jer sy pergi peti ais mak. cek kat bahagian bawah. yes! ada pun cik tempoyak dlm 1 balang- selalunya stok tempoyak kat rumah tak pernah tak de. orang perak la katakan.. huhu. tgn saya laju pula buka bhagian freezer.. mencari-cari sesuatu sampai tangan dah separuh beku. selalu ada. tak pe.. tak pe.. tutup freezer. cari mak pulak. "mak, ikan patin dah habis ke?"

mak: dah abis. hari tu dah masak.


alahai.. kecewa.. kecewa.. baru ingat nak masak gulai tempoyak ikan patin plus timun. abg maamor, hantarlah ikan patin 3 ekor!!! huwargh.. nak tunggu abg maamor n ela balik cheras lambat la pulak. nak beli kat pasar, rasa tak best.. kesimpulannya? cancel masak gulai tempoyak esok..


note: dari tengah hari sampai malam keluar dengan ena, mak dan anak2. membeli belah di Jusco. akhirnya dapat juga beli sun melon yang rangup. ni pun dah sparuh sun melon saya telan. plus susu segar 2 gelas. Harap2 sakit kaki ni boleh hilang.. kalau tak, tak dapatlah pergi hiking lagi. huhu..

Monday, April 18, 2011

Anak-anakku sayang..

Tajuk entry mcm bagus jer..

Anak sedare termasuk gak kategori anak2ku sayang kn.. kn.. kn.. Sabtu lepas gi rumah Along. rindu sangat kat Amal Sajeedah. Masa pergi tu amal demam campak. kesian baby kecik tu. Amal ni cerdik dah. kalau nak bagi ubat utk dia mulalah merengek, tak tau la mewarisi sape budak ni. takut sgt makan ubat.. ptg tu sbb Amal demam, saya bawak kakak dan abang dia gi pasar malam kat seksyen 18. Sampai di tempat kjadian, Farid suruh saya park kereta kat 1 tempat ni. "jauh tak dari sini?" sy tanya. "Tu kan pasar malam" Farid jawab. Memang nampak payung2 pasar malam tu tapi... xpe2.. pergi dulu.. sekali.. sabar2.. punyalah jauh nak ke tempat jual makanan. nak bli sayur ikan tu dekat la. budak2 ni.. Mentang2 saya tak tahu jalan, ada ke patut sruh sy park tempat yang jauh. sakit tangan saya menjijit makanan segala bagai tu ke kereta.







Ammar anak ena dah nak masuk 7 bln. baby ni pantang sikit kalau saya hulur tangan. laju je nk kat saya (bangga..bangga..). especially kalau saya nak gi jalan2. Menangis sakan kalau x bawak dia. ish2.. ni lagi sorang. tak tau la mewarisi sape perangai kuat jalan macam tu.


al-Insyirah.. anak ela. dah makin cerdik. handphone ela dah xblh letak merata2. si Insyirah dah pandai kol orang. baru setahun lebih tp macam budak besar. ish3.. baru jap tadi dia kol mak saya. terlompat2 panggil opah.. (dicitekn semula oleh ela). ada satu prangai dak ni warisi dari saya. perangai gediks suka kasut.. hua3.. sikit2 "acut acut".. takut betul kasut dia hilang.





al-Insyirah.. ms ni dlm kereta. tak silap ms teman ela bli brg. tak boleh duduk diam budak ni. habis semua diterokanya. bagus2..




Hari tu abang dia, Fahim (7 thn), budak plg ganas kat ruma sy ni kol saya.



Fahim: Assalamualaikum. (bg salam dgn bersungguhnya smpai nak pecah telinga saya dbuatnya)

Saya : Wa 'alaikumussalam.

Fahim: mak su, atuk mana? (mcm mana pun dia akn tanya atuk dia w/pn kol no. orang lain)

Saya : Ada je. Sekolah mcm mana? (ni peberet soalan sy kat anak2 sedare)

Fahim: Tak best la sekolah. (eh2.. tak best lak.)

Saya : kan hari tu Fahim nak sekolah sangat kat situ.

Fahim: Ye la! tapi tak best. tak best! (mula la nak ngamuk tu)

Saya: Sebab apa tak best? Hari tu kan Fahim nak sekolah tu, xnak sekolah ibu sbb sekolah Fahim boleh tido sejam. (kat sekolah tahfiz faqih ni ada ms sejam untuk tido sebelum start kelas al-Quran. alasan tak munasabah btl kn. nk sekolah tu sbb blh tdo. selekeh btl anak sedare sy sorang ni.

Fahim: diam seminit. Sebab Fahim kena buli. (serentak saya ketawa sampai senak perut.)

Saya: Tu la. Selalu Fahim buli mak su, buli opah, buli atuk bla bla bla (mcm bese, sy dah start membebel..)

Fahim: Fahim kat sekolah nyanyi.. (tetiba je kn. tak nak dgr saya membebel letteww.. ok.. dgr je la budak tu nyanyi lagu nasyid. dari awal lagu sampai abis.. kat talian sbelah dgr kakak sy tepuk tgn ikut nada lagu. hurmmm.. layan je la..)




Fahim yg suka buli orang. kawan2 saya pun takut dengan dia ni. ganas bebenor. kdg2 sy babap jugak dia ni. biar dia tau apa yang dibuat tu salah. Kadang2 tak sampai hati. tambah2 pernah jg dia ms dia baby. tp kalau ikutkan sgt, naik lemak dak ni jadinya. skarang ni budak ni dah semakin elok sikit. dah besar, dah mula faham..

Friendship dayS

Setiap hari adalah friendship day.. :))













3 bears yg kengkawan bg- amy, yus dan su. coklat nyer da selamat masuk dlm perut..







pokok dan al-Quran hadiah drpd awa.. buku La Tahzan hadiah drpd mak. tempat letak pen hadiah drpd shokubutsu.. kih3..





note: suka suki bt post ni.. rindu pula kat rumah sewa d puncak alam tu. esp kat blik comel sy. erk.. apa khabar ye kat pokok sy tu? hrp2 tak mati kering. huhu.. bt ms ni, spanjang study week nk duk di cheras. hujung minggu ni balik puncak smula. study.. study.. :)

Giving

Giving is making a gift of something to someone. but real

giving is when you give and do not expect anything in return..


Sepanjang hari ayat ni dok melekap kat kepala otak saya. mcm dah xboleh tanggal da. tp selalunya dalam sehari dua tak pun beberapa jam lg lupa la tu. hik3.. kalau benda2 yg tak berunsurkan pelajaran rasmi,mudah jer nk mengingat. tak payah bt pape pn, outomatik masuk terus dalam kepala. kalau nak ingat pasal pelajaran, cukup la susah. kena paksa2 baru nak melekat. nk hafal 1 baris ayat pn ambik masa sejam. ada ke patut? mcm bengap je rasanya.


Baru2 ni pergi ceramah "Mengingati Allah dengan 4 Qul" kat Tmn Melawati (baik je kn g ceramah.. anak sapa la tu.. anak encik md ta la tu.. :p). Mak tak pergi. Ada kerja. lagipun dia dah selalu gi ceramah. jalan kaki 10 langkah jer. tetiap rabu rumah jiran sy ni ada ustaz yg dtg bg ceramah. mcm2 ustaz yg dtg. sy ni mls ckit. yg dekat susah benor nk dtg. nak yang jauh jugak.. haish,.. mcm2..


pagi2 lagi dah bertolak dari rumah. semangat betul m'drive smpai habis semua lubang kat jalan tu sy langgar (rabun pagiii..). Excited sikit pergi ceramah ni coz ramai ustaz yg dtg.. haha.. excuse me.. i bkn menggatal tau. jgn pk bkn2 yer. Lagi ramai ustaz datang, lagi bertambah la ilmu yg akan dpt.


sampai je kat dewan masjid, penuh dengan mak cik-mak cik and pak cik-pak cik. remaja mcm saya ni ada seketul dua je. rasa segan pulak. xpe2.. kteorang berdua pun pilih tempat baik punya. antara barisan paling dpn. alasan, senang sikit nk nampak ustaz, sy kan rabun pagi. gegege..


Orang gi ceramah bawak pen n buku, kteorang dengan sempoinya juz bwk diri, ic dan segala brg yg ada dlm purse tu je and tak terkecuali handphone murah yang dah jadi pendamping setia. si awa tu kalau tak menulis, mulalah tersengguk2. mak cik kat sebelah yang faham situasi kteorang try offer pen kat awa. laju je si awa ni ambik. pastu pening lak nk tulis kat mana. sekali lagi mak cik tu bt kebaikan. dia koyak kertas dr buku dia and bagi awa.. saya pun dapat gak.. Tq mak cik. I luv u!


baikkan mak cik tu. tak berkira pun. banyak pahala mak cik. Lepas ni, saya nak memberi kerana sy ikhlas. tak nak la memberi tapi kat mulut atau hati tak henti2 merungut. memberi lepas tu nasiblah orang tu nak terima ke tak nak, nak bagi orang lain pun tak pe. yang pasti, saya memberi dengan ikhlas. InsyaAllah..



tak tahu la apa motipnyer letak gmbar ni. Mayb sbb gifts dari kekawan sy kot.. dua je pun.. hehe.. xsnonoh..




Saturday, April 16, 2011

Engagement..

InsyaAllah Ain bertunang hari ni.. =) tumpang gembira sekali. w/pn tak pergi tapi tetap nk excited gak.. hua3.. Rasanye dah lebih 12 tahun kenal Ain dan tak lama lagi dia akan jd isteri orang.. Sedihnyer =( erk. Ngek ler kamu ni zahira, jap sedih jap ske.. Emo terlebih dos! Yeler2.. I juga yg ngek.. Perasaan i bercampur-baur sekarang nih. Gembira ada, sedih ada, nervous pn ada gak ni - cit! mengalahkn orang yg nak bertunang lak. Well.. well… no comment.. hmm.. Ate.. Nama pon Ain ni my best fren. Kene ler bperasaan mcm tu. Btul idok?


Ain n napi.. smoga berbahagia.. (napi ni bknnyer org len pn. classmate Ain je ms kat uitm, merangkap kwn 1 course sy. pi mai, pi mai.. tang tu.. )



Ain ni dlu (aiceh ceh.. tetiba srius) pernah bercintan cintun dgn classmate sy ms form 1 dlu.. alih2 ms umo kiteorang 20, Anwar ni accident n meninggal dunia. Ms tu ingat lg, Ain kol sy and menangis jer. Ingat kn menangis sbb aper. Iyer la, kot-kot menangis gembira ke kn. Erm.. Lama jugak la Ain ni nak stabil semula. Bercinta dah nak dekat 7 tahun. Saya yang baru 3 tahun pun dah jadi macam mereng sikit. Bila dah stabil, orang pakat tanya pulak 'bila nak cari pengganti?'.and jawapannyer, "tak jumpa seseorang yang blh buat saya rasa macam dlu", tak pn "belum berjodoh lagi", tak pn "biarlah dulu, tak nak fikir pasal tu dulu", "sy muda lagi", "biarlah Allah yang tentukan", "mak sy kata, nnti dia akan carikan". Masa baru2 dlu jawapan femes sy "nak hidup bujang jer. Anak2 dah ada. Kira ok la tu.." Gegegee.. baru nak lupa dah ingat semula..



Cakap pasal jodoh ni, teringat abah. Rasanya abah dan mak dah tahu pasal kisah silam saya.. Sejak akhir2 ni ada jugaklah abah bg ceramah kat telinga sy ni, dia ckp kena start cari seseorang. Uhuk..uhuk.. tersedak sy. Mujur tak terlekat tulang ayam kat kerongkong ni. Mak pun diam jer. Selalunya punyalah jadi pembangkang tegar kalau hal macam ni berbangkit. Ini mesti ena punya mulut yang start cerita ni. Agaknya, diorang ingat saya ni dah berjanji ala2 sehidup semati dengan arwah Nazreen dulu kot. Takut sy ni andartu akhirnya. Duk sorang2 dengan khayalan.. Si sepupu saya kalau saya balik kampung, tak habis2 ulang dialog ni "yg dah lepas tu, lepas lah. Mulakan la hidup baru" see.. sampai sy dah blh hafal susunan ayatnya. Tak cukup ke apa yang saya dah buat ni? Dah tersangat 'mulakan hidup baru' pun. Haish.. bila saya cakap sy nak sambung belajar selagi ada kudrat dan daya ni, semua orang balas 'tak nak kahwin dulu?", "kahwin la dulu. Lepas tu barulah sambung belajar". Ok. Semua plan saya salah. Diam.



Sebut pasal belajar ni, teringat kat Encik K.. (asyik tukar2 topik secara tetiba lak pepagi ni) Teringin rasa di hati nak jd statistician macam Encik K tapi tak nak la mewarisi sikap2 –ve dia ada tu.. Hahaha.. Agak-agak boleh tak? Boleh tak ambik degree or master in biostatistic lepas habis degree ni? Jeng3…




Nota kaki: Nak pergi rumah along tapi hujan sangat lebat membasahi bumi..

Tuesday, April 12, 2011

FINAL EXAM makin mendekati..

Mood: malas nak balik Puncak Alam.. L


 

Lagi 3 hari jer kelas. Lepas tu study week 2 mnggu. Yeay!! (Lompat setempat 10 kali) Tapi lepas tu start sesak nafas la.. exam oh exam.. cuak sampai rasa nak pengsan..

28 APRIL: techno-entrepreneurship

3 MAY : Health Information System

4 MAY : Advanced Laboratory Diagnostic

8 MAY : Health Psychology

13 MAY : Terbang ke Kota Kinabalu (budget macam superman jer)


 

Note: proposal cerita baru dah dihantar. Harap2 diluluskan. Kalau diluluskan, dalam 3 bulan ni perlu b'sengkang mata nak aturkan hidup. Antara study dan minat, saya pilih dua2 sekali. Tamak? Tak salahkan. Asalkan pandai bahagikan masa. :p Selagi saya bernafas di dunia ni, saya nak cuba macam2 xcept barang2 terlarang la. Itu harammm.. ;)


 


 

Tuesday, April 05, 2011

APRIL tiba jua..

22 April hingga 1 Mei, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011..

InsyaAllah akan ada di sana pada 30 hb.. =)