FITRAH's Followers

Monday, July 11, 2011

Pulau Sapi & Pulau Manukan..

Sabtu baru2 ni sy n 3 org kwn yg lain pergi ke Sapi n Manukan Island. kteorang ambik package 3 pulau, RM37= Pulau Sapi, Manukan n Mamutik. Best.. Sehari sebelum tu sy la org yg paling berat hati nk pergi ke sana tp sebaik je duduk dlm bot, mcm dah tak ingat dunia. siap sewa alat snorkel. hati berbunga2. tambah2 bila han keol ada kat dpn mata.. huish.. speechless..


Pulau Sapi

Sampai di Pulau Sapi dah pukul 12 tgh ari. lps mkn sandwich bersama2 kacang panggang, sy terus sarung life jacket n turun ke laut. kawan2 yg len tak nk join. panas katanya. k.ummi lak mmg xnk join aktiviti dalam laut.. kui3.. so, w/pn sorang, sy turun je ke laut,. rugi kalau sy xsnorkel kat setiap pulau. nnti tak boleh la tahu keistimewaannya.. btul x?

Snorkel di pulau Sapi best. Bnyak coral n ikan2 yg comel2. masa sy tgh snorkel sorang2 tu ada 3 orang abg n seorang budak kecil dtg dekat. abg tu offer nk ajar snorkel tnpa guna life jacket. xsusah rupanya. siap join diaorg pergi kawasan yg dlm sikit tgk coral yg cantik2.. mmg best!


Pulau Manukan

pukul 1 kteorang bertolak dr Sapi ke Manukan. Solat zohor di Manukan. Lps tu bt aktiviti snorkeling lak. tak bnyak coral. cuma bnyak ikan2 yg besar esp di tempat yg dlm ckit. tepat jam 3, ms tu sy tgh berenang nk ke pantai, terasa ibu jari kaki digigit sesuatu. ingat ikan merah yg slalu gigit tu. sy britau kat abg yg ajar sy snorkel tu. dia kata biasa tu. ikan tu mmg nakal. sy stop berenang n jalan dlm air. sy rasa ibu jari kaki sgt kebas. dr jauh sy jerit kat abg tu lg ckp ibu jari sy kebas. dia ckp biasa. tak ada effect pape tu. sampai kat pantai sy tgk drg meleleh dr ibu jari kaki. ingat luka biasa. rupa2nya luar biasa!

cuba dptkn rawatan kat pondok life guard tp syg xada first aid kit kat situ. diaorang just balut dgn kapas. lps balut kteorg pergi ke jeti. masa di jeti, drh tak henti mengalir smpai semua org rs takut. bila naik dlm bot, ada sekumpulan arkitek yg bt trip ke Manukan tolong balut semula. k.ummi dah tersandar sbb pening bau drh. drh berhenti lps dibalut. tp bila sampai di jeti Jesselton, drh menitik2 kat atas kayu jeti tu.. semua org mula risau. dan masa tu la air mata sy mula keluar! bkn sbb sakit tp sbb rs sebak tgk org lain risau. hua3.. xfaham btul..

abg arkitek hantar sy ke emergency Queen. tak pasal2 kena 3 jahitan. ni la 1st time kena jahit. ni la 1 st time masuk hospital sbb sakit. mmg susah nk lupa. Masa tu rasa blank n mcm2 lg. otak xblh nk fikir dgn clearnyer..

nota:
hari ni berpraktikal spt biasa. luka dah dicuci. sgt penat masa jln kaki balik rumah sewa. rasa nk pengsan naik tangga bukit tu. perjalann yg ambik ms 20 minit tu ari ni jd lbih dr 30 min. dahsyat2. rs nk tercabut kaki. bayangkn dlm seminggu ni sy perlu bt perjalanan mcm tu dgn kaki yg berbalut ni.. serius, rs lemah je ati ni. erm,, tak inform pn kat bonda pasal hal ni. takut susah hati. zahirah, kuat semangat. berdiri di atas kaki sendiri!! Chaiyok! anyway, sy xserik pn lg nk snorkeling. lps kaki baik ni, cadang nk g lg ke pulau yg lain.. wee~~

p/s: kali ni tak bnyak ambil gmbar. sibuk sgt snorkel. ;) gambar ihsan ram.

No comments: