"you can create miracle with hope".
quote ni Ram cilok (dah lama tak guna perkataan ni) dari dvd cover cerita pe ntah- tp yg ingat pasal seorang doctor yg cari vaccine utk cancer kot. Si Ram tu kata pembohongan semata tu. hehe.. but i believe miracle can be created with do'a. selagi Allah bersama kita, keajaiban tiada yg mustahil. "Sesungguhnya, perintahNya apabila dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!' Maka terjadilah ia" (surah yassin: ayat 82)'Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah maha mengetahui segala isi hati' (surah al Taghaabun: ayat 4)
nota:
Doa dari seseorang kepada orang yg lain tanpa pengetahuannya adlh lebih mustajab. cth kita boleh doa: semoga doa si dot dot dimakbulkan Allah. maknanya, sentiasalah doakan untuk orang disekeliling dan juga utk sahabat kita.. Allahualam..
sesekali menghayati makna al-Quran, mendalami apa yang tersurat dan tersirat. Bonda kata, hidup kena banyak berdoa. walaupun untuk perkara yang kecil mana pun. walaupun Allah mengetahui rahsia hati, kesungguhan juga perlu kita tunjukkan. Bonda tambah, mulai dari saat ini (masa dia cakap tu) kena mula berdoa untuk bakal jodoh kita. doakan yang terbaik. Doa semoga dia istiqamah, sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, dlm keadaan tenang dan sebagainya. Bonda juga sentiasa doa sebegitu untuk jodoh anak2nya. seorang ustaz pernah beritahu, rajinkan diri menghadiahkan al-Fatihah buat ibubapa, muslimin muslimat sama ada yg sudah kembali ke rahmatullah atau sebaliknya dan juga buat bakal jodoh kita walaupun siapa pun dia dan di manapun dia berada. k.ummi tambah, jgn sertakan nama orang tu, sebab tak semestinya pilihan kita yang terbaik. Siapapun dia, redhakn hati kerana yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita hanyalah Allah Ya 'Alim...
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' (surah al-Baqarah:ayat 216)Doa dari seseorang kepada orang yg lain tanpa pengetahuannya adlh lebih mustajab. cth kita boleh doa: semoga doa si dot dot dimakbulkan Allah. maknanya, sentiasalah doakan untuk orang disekeliling dan juga utk sahabat kita.. Allahualam..
~nor zahirah mahd ata~
menyedari tiada apa yg abadi di dunia ini
membuat hati lebih kuat
!(-_-)?
menyedari tiada apa yg abadi di dunia ini
membuat hati lebih kuat
!(-_-)?
No comments:
Post a Comment