FITRAH's Followers

Wednesday, June 29, 2011

Doa

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Aisyah- Doa..

note: mlm2 melayan lagu Aisyah, mengisi ms terluang lepas menawarkn khidmat facial treatment kat kawan2, dan slps makan mee mamee perisa kari 2 bungkus secara b'kongsi2. lps ni botak kepala asyik mkn MSG. Tak cukup dengan mkn nasi lps maghrib, nk dkt tgh mlm cari makanan lg. kalau macam ni la, bertambah montel la kami serumah, kalah si kungfu panda tau. ckp pasal kungfu panda ni, tba2 rs xseronok sbb tak dpt tgk kung fu panda 2. kembar sy tu - dr segi kuat mkn n dot dot dot.. shhhhh...

Monday, June 27, 2011

update kini..

Di lab Histology.. seronok gak la. dah nk dekat 3 tahun kot x bt embedding, trimming, sectioning and fishing. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan alhamdulillah lab staff benarkn kteorang buat semua tu, Before ni student prac len kata diaorang xdpt 'hands on'. mujur2..

kelmarin laptop Ram lak bt hal. 1 skrin dah retak. memang dah tak boleh guna. welcome to the club la Ram. Nampaknya kena beli laptop baru jugak la nnti. Buat masa ni terpaksa berkongsi-kongsi laptop dgn k.ummi lak. oho.. dah mcm org nomad lak. berpindah dr 1 laptop ke 1 laptop. sebulan je lg.. kena kuat kn semangat ni.

nota kaki:
prac habis 5 ogos.. tiket flight 8 ogos. dlu dtg naik MAS. blik naik Air Asia lak.. Semoga selamat di sini dan selamat sampai di semenanjung nnti..

Thursday, June 23, 2011

Biar saja tanakkwagu mencari sumandaknya..

Monday, June 20, 2011

Someone said to me, "Sometimes, Love is letting go"

Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHER'S DAY, Abah..
love you very much..

Aceras..


memang tgh sabar sgt sekarang ni.. dah memang start dr kelmarin2 lagi semuanya serba tak kena. semua post kat blog ni pn semua pasal benda negative. rasa orang yg baca pun dah naik menyampah. nasib la kn. blog da jd tempat luahan perasaan.

Hari ni (maksud hari ni= sabtu 18hb), kesabaran ibarat telur di hujung tanduk. Memang berapi-api sy td. mujur tak jd naga kepala 7 je td. kalau tak, 1 karamunsing plaza tu hangus terbakar.. Dah la penat ke karamunsing lps tu ke 1 borneo, menderma drh, lps tu kena patah semula ke karamunsing.

Mana sy tak angin, laptop yg konon2nye blh baiki tu still mcm tu gak. sia2 bayar rm180. Ingat ptg td blh dpt laptop yg sihat. rupa2nya mcm tu gak- masih di tahap icu. bayar rm180 for nothing! tu pn mujur sy tolak permintaan dia yg nak tukar casing skrin laptop sy (kena tambah rm100). kalau x, sy telah mensia2kn rm280 pada sesuatu yg tak guna!sengal betul la orang tu. Kalau tukar hinge pn tak elok, tak perlu la nk tukar. haish.. xfhm betul. muka memang dah berubah kat kedai tu td. mula2 masuk kedai bergelak ketawa dgn si Ram, bila Ram sruh test laptop tu, masing2 muka kelat esp muka sy la. Rasa hilang terus mood nk ckp. nk sound org tu, takut air mata dlu yg mengalir- ni perangai biasa klau sy terlalu mrh, mesti nk nangis dulu. tak tau la mewarisi genetik sape =p..

mls nk kecoh2 (w/pn sbnarnya sy mmg ada hak nk bt huru-hara kat situ), sy bayar je bil tu. Sy perasan gak org tu mcm takut2 nk minta dt dr sy. Agaknya muka sy ms tu mcm iras2 T-rex kot. pastu konon2 nk kasi sejuk hati sy ni, dia ckp lusa, tulat or tonggeng dia kol, sruh dtg karamunsing lg. technician dia dr semenanjung ada utk cek aceras. eleh, boleh agak pe technician dia akan ckp nnti. kompem dia ckp tu masalah skrin, nk tukar kena byar rm500. Terima kasih banyak2 la.. drpd tukar skrin tu, lebih baik sy bli laptop baru. Mood sy mmg tak berapa baik 2, 3 hari ni. Musim tsunami dah menguasai. Tambah dgn hal hari ni, lg bertambah tak ada mood. bkn setakat tsunami je ni, gunung berapi, puting beliung semua dah duk berkumpul kat dlm diri sy ni.


tak boleh lari dr fitrah, macam mn pn mesti nk leleh juga air dr mata ni. x suka! =(


nota:

makin belajar nk sabar, makin ujian tu bertimpa2.. masa2 ni la mula rasa rindu kat semenanjung. Mula la tu hilang sikit demi sikit kesabaran pd ketentuan Allah. Haish.. kalau terima dgn redha je tak boleh ke zahirah? Dah la iman nipis tahap kulit bawang tu je, pstu nk bt hal mcm ni. tak perlu kot nk soal2 kn apa yg Allah tetapkan.


nota kepala xberapa betul:
rasa mcm nk duduk atas puncak gunung kinabalu sorang2, bagi sejuk hati ni sikit..




Friday, June 17, 2011

Allah sedang menguji saya lagi ketika ini..
Semoga semangat tak terbang jauh...
Semoga esok hati jd lebih tabah..
insyaAllah..
Fi aamanillah..

Wednesday, June 15, 2011

Perjalanan Bernoktah di sini?



semalam tak mungkin akan dtg lg.
dan hari ini akan jd sejarah utk esok.
esok, sesuatu yg masih belum pasti.
melalui sesuatu yg tidak pasti ialah satu cabaran.
sama ada jln itu dilalui dengan redha ataupun sebaliknya.
sama ada jalan itu membawa bahagia atau sebaliknya.
sama ada jalan itu mematangkan kita atau sebaliknya.
sama ada kita tersungkur atau sebaliknya.
sama ada kita berduka atau sebaliknya..
sama ada ..
ya.. persoalan lebih banyak daripada jawapan.
berdiam dan melaluinya tanpa banyak bicara lebih baik.





setiap yang bermula ada akhirnya..
dan mungkin di sini akhirnya..


p/s: sy doakn semoga rahmat Allah mengiringi setiap perjalanan sy dan juga anda semua.. sehingga bertemu lg..


Tuesday, June 14, 2011

Home Sick.

Rindu..
Bonda, abah, awa, along, k.ena, k.ela, abang, anak2 sedare, cactus heart, pokok hijau, masakan bonda, kawan2, jiran2 sebelah rumah, kucing-kucing belakang rumah- mkn ke x kucing tu?.


nota:
Ada kebaikan ke sy di sini?

Sunday, June 12, 2011

Syukur Itu Indah

Tiba masanya perubahan bermula..
Dengan semangat baru, keyakinan baru dan azam yg baru..
Siapa kata bahagia tidak boleh dicari?
Siapa kata kesedihan sentiasa melewati?
Siapa kata hidup ini perlu sunyi dan sepi?
Siapa kata?
.....

Bahagia boleh dicari..
kesedihan bukanlah keharusan..
hidup penuh warna warni..
Tuhan, aku bersyukur atas nikmatMu..

.....

Syukur itu indah
menenangkan hati
mendamaikan nurani
mendekatkan lagi diri dengan Illahi
merasakan setiap nikmat tak henti mengalir
berasa diri bertuah di sini.


nota:
rasa tak sedap hati.. macam sesuatu berlaku, akan berlaku atau telah berlaku.. apa? kol keluarga di smenanjung, baik2 je diaorg di sana. Msg awa, sama juga.. sy ni yg pk tahap kritikal sgt kot. huhu..

Saturday, June 11, 2011

who said you're perfect?

He's very lucky, being someone that almost perfect. At 28 years of age, has everything he wants in life. Perform Hajj at an early age of 20 something-- jealous2!! huhu. sometimes i wonder, what else he wants in his life? but i believe, nobody is perfect kn kn.. :p


note:
Ada ke orang nak ceritakan keburukan diri dia?

kadang-kadang kita kata orang salah menilai tentang kita tapi betul ke apa yang kita sangka tentang orang tu? bukan ke kita juga menilai orang tu tanpa kita sedari? Manusia tak lepas dari membuat kesilapan. mungkin penilaian itu benar dan mungkin juga tidak. Kalau sekali pun benar, jarang sungguh untuk kita mengakui kebenaran itu kn.. Hanya Allah Ya 'Alim..

Thursday, June 09, 2011

~~~~

berehat-rehat di rumah
cuti sakit la kononnya
tp mmg btul la
tgh demam ni
demam on n off
siang kebah
mlm mula la panas semula
badan dah sakit-sakit
mujur ada k.ummi n ila
tukang urut profesional tu.. hehe.

sejak mkn ubat,
waktu berjaga tiba-tiba jd pendek drpd waktu tidur
bertambah sakit kepala dibuatnya


fever--->hyperventilation..

p/s: sandakan part 3 len kali..

note:
don,t judge, zahira.. tp penilaian akn bt lebih berhati-hati. cuba ckp, siapa yg xbt penilaian pertama dlm dunia sekarang ni?

Monday, June 06, 2011

cuti-cuti sandakan part 2

Hari kedua di Sandakan (Ahad). 9 pg dah naik bot dari rumah Ram ke jeti bandar. Dr situ, naik kereta pak cik Ram ke Sepilok.
11 am: sampai di sepilok. Plan berubah bila akak di kaunter kata orang utan dah diberi mkn. kalau nk masuk pn, sia2 je. So kteorang pergi ke Rainforest Discovery Centre. RM5 je utk entry fee. Yang kelakarnya, kteorang tersalah track. Dgn pakaian casual, berhandbag, rasanya tersangatlah tak sesuai. Ni lah pertama kali bt kerja mcm tu. Warga kat dlm hutan tu pun rsnya naik menyampah tengok kteorang yg bergaya tak kena tempat.. dah la lalu track yg berselut n agak jauh. sampai kasut pak cik Ram terputus tali. kesian betul. terpaksa la berkaki ayam. muka2 masing dah selebet je. yang kelakar, masing-masing excited bila jumpa jln keluar. siap lari-lari lg. OMG.. childish ke kami?
12.30: solat Qasar dan Jamak di RDC.





2pm: beli tiket masuk sepilok. Rm5 per entry. Murah kn..





sepilok..

4.00 pm bertolak ke Agnes Keith House. Hujan lebat.. Bayar Rm2 je kot. Bese2 je tempat ni. tak blh nk tangkap gambar pn kat dlm rumah agnes tu. Anyway, ada hati jugak nk ada rumah mcm tu esp bilik tidur n bilik kerja yg besar tu. suka!!



Banyak lagi nak pergi sebenarnya tp hujan lebat dan hari makin gelap. kena kejar bot nk ke kg Tanjung Aru lg. Bermakna 3 tempat je yg kami sempat pergi.

Aktiviti malam hari: sembang2 dgn keluarga Ram selepas mkn malam. aktiviti meng'klim' karipap, mencanai karipap. Dengan semangat sy offer diri nk mencanai adunan karipap tu. bkn pe, kesian kat mak ram. dia kn tak blh bt kerja berat lps kena breast cancer.
Sy ambik posisi dengan yakin dan di saat sy mula menggelek adunan tu dgn kayu uli, semua yg lain dah terkekek2 ketawa esp Mak si ram.. tak faham betul. ok pe.. bnyak je adunan berjaya sy leperkan dgn kayu uli tu w/pn meja kecik mak ram tu rs mcm nk runtuh sy kerjakan. :p





P/s: video yg sy suka.. comel sungguh orang2 utan itu.. ;)



p/s: to be continued...

Ujian..

Laptop tak boleh baiki lagi. Rs sunyi tanpa aceras. aiceh.. huhu.. Semua kerja tergendala. Log book, daily report semua terbengkalai. Manuskrip lagi la terbengkalai. Majoriti kedai servis komputer kata lcd yg rosak. kena ganti, RM600. Mak kata lebih baik beli laptop baru kalau mcm tu. Ada 1 kedai je yg kata bkn lcd yg bermasalah. Kena ganti pe benda ntah, tp kna bayar rm180. Yang tak blh blah, rupa2nya bnyak benda dah jahanam. siap pecah2 jd serpihan lg. Seingat saya, aceras tak pernah jatuh. agaknya sy yg terlalu ganas kot. hmm.. ok la tu harga yg dia cas. tp benda nye tak ada dlm stok la pulak. Next week la pulak kena ke karamunsing.

Macam biasa ada 1 lg pengalaman yg memalukan kat kfc karamunsing.. kali ni sgt memalukan..

note:
ujian Allah.. kena bersabar.. insyaAllah, ada hikmahnya kn.. mungkin buat masa ni kena tulis manuskrip secara manual. Rasa serba tak kena tak dpt menulis mcm biasa..

Saturday, June 04, 2011

cuti-cuti sandakan part 1

Cuti Harvest Festival day digunakan sepenuhnya. Kali ni destinasi utama ialah ke Sandakan.. yeay!

Day 1

1000: Bertolak dari Inanam ke Sandakan. Kos tiket bas: RM40 sehala. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam lebih. huhu.. dapat seat yang paling dpn dgn k.Ummi. sangat seriau bila tgk abg driver bawak bas. kteorang siap menjerit-jerit dlm bas. memalukan sungguh! the best part dlm perjalanan ni--> lalu kawasan kundasang n ranau.. sejuk mata memandang..


sy dan Gunung Kinabalu.. ngeee~




kawasan sekitar Kundasang..

Sampai di Bandar Sandakan dah pukul 5 ptg. Tumpang van sape ntah pergi jeti. terima kasih kat akak yang tak tau nama sbb bg kteorang tumpang van. Kat jeti ayah Ram dah tunggu. Kali ni kena naik bot laju lak. Rasanya pertama kali kot naik bot camtu. so, tak hairan la bila naik je, abis kecoh 1 bot. dengan terhantuk kat botnyer, terlanggar barang2 orang lainnyer. Huwargh! malu sungguh!




ayah Ram.. Ni bot kedua masa heading to bandar.bot ni tak cedera kan sy lagi. hua3.. kat belakang= kg tanjung aru..


kawasan kg. tanjung aru.. perkampungan nelayan..

sampai je kat rumah Ram, lepas solat, mak Ram dah hidang cucur udang yang mewah dgn udang. Sgt sedap. memandangkan tak makan nasi lagi, lebih 10 biji kot saya telan. Hidangan utama untuk makan malam ialah udang fresh goreng dgn tepung 1 besen penuh. yummy!


Rumah Ram.. sangat best..

Seronok. Pengalaman yang tak pernah rasa sebelum ni. masa ni la 1st time mandi guna air hujan. pagi2 kena angkat air. kena guna toilet ala2 zaman dulu. gosok baju kena cepat2 coz kul 5, 6 pg elektrik dah tak ada. bot pengangkutan utama. yang lagi best--> sy dpt keluarga baru di sini =) .. mak cik, pak cik yusof, itang n izan ialah watak utama di sini yang buat hati sy berbunga-bunga..

p/s: To be continued..

Friday, June 03, 2011

here i am once again..

Assalamualaikum..
terasa dah lama tak online. bercuti di sandakan 4 hari. balik dari bercuti, elektrik kat rumah pulak bermasalah.. laptop masih lagi belum dibaiki. terhad lg masa untuk b'online'. update untuk cuti-cuti sandakan kena hold dulu. esok or lusa baru nak ke karamunsing- baiki laptop. plan nk ke Pulau Manukan juga di'hold' dulu..

p/s: subuh esok la nak upload gambar.. weee~

note: di microbiology lab sekarang ni. ~Specimen rejected. test is not offered ;) ~