menyepi bukan bererti membenci
aku menjauhi kerana harga maruah yang tinggi
meski menyukai bukan bererti menzalimi maruah diri
tapi keteranganku hanya akan disalah erti
membuat aku jadi malu sendiri
aku perlu mengundur diri
sebelum hilang kawalan diri
benarlah
hanya Tuhan yang mengerti
rahsia hati yang misteri
biar berkali berkata benci
setia masih di hati
kerana cinta kepada DIA yang hakiki
disini aku menyerah diri
mengharap cinta yang halal di dunia dan akhirat nanti
itulah yang pasti
Hanya DIA yang mengetahui....
'love is letting go...'