FITRAH's Followers

Tuesday, April 19, 2011

ooo kome.. musim doryan dah berbunge

Bila buka facebook td, post pertama keluar di wall sy ialah pasal tempoyak.. slurppp.. trasa meleleh air liur. Tetiba laju jer sy pergi peti ais mak. cek kat bahagian bawah. yes! ada pun cik tempoyak dlm 1 balang- selalunya stok tempoyak kat rumah tak pernah tak de. orang perak la katakan.. huhu. tgn saya laju pula buka bhagian freezer.. mencari-cari sesuatu sampai tangan dah separuh beku. selalu ada. tak pe.. tak pe.. tutup freezer. cari mak pulak. "mak, ikan patin dah habis ke?"

mak: dah abis. hari tu dah masak.


alahai.. kecewa.. kecewa.. baru ingat nak masak gulai tempoyak ikan patin plus timun. abg maamor, hantarlah ikan patin 3 ekor!!! huwargh.. nak tunggu abg maamor n ela balik cheras lambat la pulak. nak beli kat pasar, rasa tak best.. kesimpulannya? cancel masak gulai tempoyak esok..


note: dari tengah hari sampai malam keluar dengan ena, mak dan anak2. membeli belah di Jusco. akhirnya dapat juga beli sun melon yang rangup. ni pun dah sparuh sun melon saya telan. plus susu segar 2 gelas. Harap2 sakit kaki ni boleh hilang.. kalau tak, tak dapatlah pergi hiking lagi. huhu..

Monday, April 18, 2011

Anak-anakku sayang..

Tajuk entry mcm bagus jer..

Anak sedare termasuk gak kategori anak2ku sayang kn.. kn.. kn.. Sabtu lepas gi rumah Along. rindu sangat kat Amal Sajeedah. Masa pergi tu amal demam campak. kesian baby kecik tu. Amal ni cerdik dah. kalau nak bagi ubat utk dia mulalah merengek, tak tau la mewarisi sape budak ni. takut sgt makan ubat.. ptg tu sbb Amal demam, saya bawak kakak dan abang dia gi pasar malam kat seksyen 18. Sampai di tempat kjadian, Farid suruh saya park kereta kat 1 tempat ni. "jauh tak dari sini?" sy tanya. "Tu kan pasar malam" Farid jawab. Memang nampak payung2 pasar malam tu tapi... xpe2.. pergi dulu.. sekali.. sabar2.. punyalah jauh nak ke tempat jual makanan. nak bli sayur ikan tu dekat la. budak2 ni.. Mentang2 saya tak tahu jalan, ada ke patut sruh sy park tempat yang jauh. sakit tangan saya menjijit makanan segala bagai tu ke kereta.







Ammar anak ena dah nak masuk 7 bln. baby ni pantang sikit kalau saya hulur tangan. laju je nk kat saya (bangga..bangga..). especially kalau saya nak gi jalan2. Menangis sakan kalau x bawak dia. ish2.. ni lagi sorang. tak tau la mewarisi sape perangai kuat jalan macam tu.


al-Insyirah.. anak ela. dah makin cerdik. handphone ela dah xblh letak merata2. si Insyirah dah pandai kol orang. baru setahun lebih tp macam budak besar. ish3.. baru jap tadi dia kol mak saya. terlompat2 panggil opah.. (dicitekn semula oleh ela). ada satu prangai dak ni warisi dari saya. perangai gediks suka kasut.. hua3.. sikit2 "acut acut".. takut betul kasut dia hilang.





al-Insyirah.. ms ni dlm kereta. tak silap ms teman ela bli brg. tak boleh duduk diam budak ni. habis semua diterokanya. bagus2..




Hari tu abang dia, Fahim (7 thn), budak plg ganas kat ruma sy ni kol saya.



Fahim: Assalamualaikum. (bg salam dgn bersungguhnya smpai nak pecah telinga saya dbuatnya)

Saya : Wa 'alaikumussalam.

Fahim: mak su, atuk mana? (mcm mana pun dia akn tanya atuk dia w/pn kol no. orang lain)

Saya : Ada je. Sekolah mcm mana? (ni peberet soalan sy kat anak2 sedare)

Fahim: Tak best la sekolah. (eh2.. tak best lak.)

Saya : kan hari tu Fahim nak sekolah sangat kat situ.

Fahim: Ye la! tapi tak best. tak best! (mula la nak ngamuk tu)

Saya: Sebab apa tak best? Hari tu kan Fahim nak sekolah tu, xnak sekolah ibu sbb sekolah Fahim boleh tido sejam. (kat sekolah tahfiz faqih ni ada ms sejam untuk tido sebelum start kelas al-Quran. alasan tak munasabah btl kn. nk sekolah tu sbb blh tdo. selekeh btl anak sedare sy sorang ni.

Fahim: diam seminit. Sebab Fahim kena buli. (serentak saya ketawa sampai senak perut.)

Saya: Tu la. Selalu Fahim buli mak su, buli opah, buli atuk bla bla bla (mcm bese, sy dah start membebel..)

Fahim: Fahim kat sekolah nyanyi.. (tetiba je kn. tak nak dgr saya membebel letteww.. ok.. dgr je la budak tu nyanyi lagu nasyid. dari awal lagu sampai abis.. kat talian sbelah dgr kakak sy tepuk tgn ikut nada lagu. hurmmm.. layan je la..)




Fahim yg suka buli orang. kawan2 saya pun takut dengan dia ni. ganas bebenor. kdg2 sy babap jugak dia ni. biar dia tau apa yang dibuat tu salah. Kadang2 tak sampai hati. tambah2 pernah jg dia ms dia baby. tp kalau ikutkan sgt, naik lemak dak ni jadinya. skarang ni budak ni dah semakin elok sikit. dah besar, dah mula faham..

Friendship dayS

Setiap hari adalah friendship day.. :))













3 bears yg kengkawan bg- amy, yus dan su. coklat nyer da selamat masuk dlm perut..







pokok dan al-Quran hadiah drpd awa.. buku La Tahzan hadiah drpd mak. tempat letak pen hadiah drpd shokubutsu.. kih3..





note: suka suki bt post ni.. rindu pula kat rumah sewa d puncak alam tu. esp kat blik comel sy. erk.. apa khabar ye kat pokok sy tu? hrp2 tak mati kering. huhu.. bt ms ni, spanjang study week nk duk di cheras. hujung minggu ni balik puncak smula. study.. study.. :)

Giving

Giving is making a gift of something to someone. but real

giving is when you give and do not expect anything in return..


Sepanjang hari ayat ni dok melekap kat kepala otak saya. mcm dah xboleh tanggal da. tp selalunya dalam sehari dua tak pun beberapa jam lg lupa la tu. hik3.. kalau benda2 yg tak berunsurkan pelajaran rasmi,mudah jer nk mengingat. tak payah bt pape pn, outomatik masuk terus dalam kepala. kalau nak ingat pasal pelajaran, cukup la susah. kena paksa2 baru nak melekat. nk hafal 1 baris ayat pn ambik masa sejam. ada ke patut? mcm bengap je rasanya.


Baru2 ni pergi ceramah "Mengingati Allah dengan 4 Qul" kat Tmn Melawati (baik je kn g ceramah.. anak sapa la tu.. anak encik md ta la tu.. :p). Mak tak pergi. Ada kerja. lagipun dia dah selalu gi ceramah. jalan kaki 10 langkah jer. tetiap rabu rumah jiran sy ni ada ustaz yg dtg bg ceramah. mcm2 ustaz yg dtg. sy ni mls ckit. yg dekat susah benor nk dtg. nak yang jauh jugak.. haish,.. mcm2..


pagi2 lagi dah bertolak dari rumah. semangat betul m'drive smpai habis semua lubang kat jalan tu sy langgar (rabun pagiii..). Excited sikit pergi ceramah ni coz ramai ustaz yg dtg.. haha.. excuse me.. i bkn menggatal tau. jgn pk bkn2 yer. Lagi ramai ustaz datang, lagi bertambah la ilmu yg akan dpt.


sampai je kat dewan masjid, penuh dengan mak cik-mak cik and pak cik-pak cik. remaja mcm saya ni ada seketul dua je. rasa segan pulak. xpe2.. kteorang berdua pun pilih tempat baik punya. antara barisan paling dpn. alasan, senang sikit nk nampak ustaz, sy kan rabun pagi. gegege..


Orang gi ceramah bawak pen n buku, kteorang dengan sempoinya juz bwk diri, ic dan segala brg yg ada dlm purse tu je and tak terkecuali handphone murah yang dah jadi pendamping setia. si awa tu kalau tak menulis, mulalah tersengguk2. mak cik kat sebelah yang faham situasi kteorang try offer pen kat awa. laju je si awa ni ambik. pastu pening lak nk tulis kat mana. sekali lagi mak cik tu bt kebaikan. dia koyak kertas dr buku dia and bagi awa.. saya pun dapat gak.. Tq mak cik. I luv u!


baikkan mak cik tu. tak berkira pun. banyak pahala mak cik. Lepas ni, saya nak memberi kerana sy ikhlas. tak nak la memberi tapi kat mulut atau hati tak henti2 merungut. memberi lepas tu nasiblah orang tu nak terima ke tak nak, nak bagi orang lain pun tak pe. yang pasti, saya memberi dengan ikhlas. InsyaAllah..



tak tahu la apa motipnyer letak gmbar ni. Mayb sbb gifts dari kekawan sy kot.. dua je pun.. hehe.. xsnonoh..




Saturday, April 16, 2011

Engagement..

InsyaAllah Ain bertunang hari ni.. =) tumpang gembira sekali. w/pn tak pergi tapi tetap nk excited gak.. hua3.. Rasanye dah lebih 12 tahun kenal Ain dan tak lama lagi dia akan jd isteri orang.. Sedihnyer =( erk. Ngek ler kamu ni zahira, jap sedih jap ske.. Emo terlebih dos! Yeler2.. I juga yg ngek.. Perasaan i bercampur-baur sekarang nih. Gembira ada, sedih ada, nervous pn ada gak ni - cit! mengalahkn orang yg nak bertunang lak. Well.. well… no comment.. hmm.. Ate.. Nama pon Ain ni my best fren. Kene ler bperasaan mcm tu. Btul idok?


Ain n napi.. smoga berbahagia.. (napi ni bknnyer org len pn. classmate Ain je ms kat uitm, merangkap kwn 1 course sy. pi mai, pi mai.. tang tu.. )



Ain ni dlu (aiceh ceh.. tetiba srius) pernah bercintan cintun dgn classmate sy ms form 1 dlu.. alih2 ms umo kiteorang 20, Anwar ni accident n meninggal dunia. Ms tu ingat lg, Ain kol sy and menangis jer. Ingat kn menangis sbb aper. Iyer la, kot-kot menangis gembira ke kn. Erm.. Lama jugak la Ain ni nak stabil semula. Bercinta dah nak dekat 7 tahun. Saya yang baru 3 tahun pun dah jadi macam mereng sikit. Bila dah stabil, orang pakat tanya pulak 'bila nak cari pengganti?'.and jawapannyer, "tak jumpa seseorang yang blh buat saya rasa macam dlu", tak pn "belum berjodoh lagi", tak pn "biarlah dulu, tak nak fikir pasal tu dulu", "sy muda lagi", "biarlah Allah yang tentukan", "mak sy kata, nnti dia akan carikan". Masa baru2 dlu jawapan femes sy "nak hidup bujang jer. Anak2 dah ada. Kira ok la tu.." Gegegee.. baru nak lupa dah ingat semula..



Cakap pasal jodoh ni, teringat abah. Rasanya abah dan mak dah tahu pasal kisah silam saya.. Sejak akhir2 ni ada jugaklah abah bg ceramah kat telinga sy ni, dia ckp kena start cari seseorang. Uhuk..uhuk.. tersedak sy. Mujur tak terlekat tulang ayam kat kerongkong ni. Mak pun diam jer. Selalunya punyalah jadi pembangkang tegar kalau hal macam ni berbangkit. Ini mesti ena punya mulut yang start cerita ni. Agaknya, diorang ingat saya ni dah berjanji ala2 sehidup semati dengan arwah Nazreen dulu kot. Takut sy ni andartu akhirnya. Duk sorang2 dengan khayalan.. Si sepupu saya kalau saya balik kampung, tak habis2 ulang dialog ni "yg dah lepas tu, lepas lah. Mulakan la hidup baru" see.. sampai sy dah blh hafal susunan ayatnya. Tak cukup ke apa yang saya dah buat ni? Dah tersangat 'mulakan hidup baru' pun. Haish.. bila saya cakap sy nak sambung belajar selagi ada kudrat dan daya ni, semua orang balas 'tak nak kahwin dulu?", "kahwin la dulu. Lepas tu barulah sambung belajar". Ok. Semua plan saya salah. Diam.



Sebut pasal belajar ni, teringat kat Encik K.. (asyik tukar2 topik secara tetiba lak pepagi ni) Teringin rasa di hati nak jd statistician macam Encik K tapi tak nak la mewarisi sikap2 –ve dia ada tu.. Hahaha.. Agak-agak boleh tak? Boleh tak ambik degree or master in biostatistic lepas habis degree ni? Jeng3…




Nota kaki: Nak pergi rumah along tapi hujan sangat lebat membasahi bumi..

Tuesday, April 12, 2011

FINAL EXAM makin mendekati..

Mood: malas nak balik Puncak Alam.. L


 

Lagi 3 hari jer kelas. Lepas tu study week 2 mnggu. Yeay!! (Lompat setempat 10 kali) Tapi lepas tu start sesak nafas la.. exam oh exam.. cuak sampai rasa nak pengsan..

28 APRIL: techno-entrepreneurship

3 MAY : Health Information System

4 MAY : Advanced Laboratory Diagnostic

8 MAY : Health Psychology

13 MAY : Terbang ke Kota Kinabalu (budget macam superman jer)


 

Note: proposal cerita baru dah dihantar. Harap2 diluluskan. Kalau diluluskan, dalam 3 bulan ni perlu b'sengkang mata nak aturkan hidup. Antara study dan minat, saya pilih dua2 sekali. Tamak? Tak salahkan. Asalkan pandai bahagikan masa. :p Selagi saya bernafas di dunia ni, saya nak cuba macam2 xcept barang2 terlarang la. Itu harammm.. ;)


 


 

Tuesday, April 05, 2011

APRIL tiba jua..

22 April hingga 1 Mei, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011..

InsyaAllah akan ada di sana pada 30 hb.. =)