FITRAH's Followers

Saturday, July 30, 2011

Ahd lps keluar dgn Ila dan Ram ke bandar KK, teman Ram yg nk beli baju.. keluar dr pukul 11 pg smpai pkul 8.30 mlm (ni sy n ila je. ram awl ptg lg dah balik). sy pn xfhm mcm mn sy n ila blh balik lewat sdgkn sepatutnya kteorg teman Ram. Ms tu kami naik bas yg terakhir.

Hari tu bnyak berjalan tanpa arah tujuan esp lps Ram balik. ke Suria Sabah semata-mata nk ke surau. lps tu berjalan ke dataran pe nm ntah, tgk budak2 shuffle n menari. sejam gak la duduk cuci mata sambil layan angin laut. Sampai maghrib kteorang kat situ. the best part, kena solat di masjid belakang pasar philippines tu. nk solat kat situ mmg lemah sikit sbb tak berapa selesa. Ila potpet2. hehe.. sgt comel.. mula2 kteorang nk buat muka selamba gi hotel solat kat situ tp mcm hurm..

Lps solat, pergi pasar lak tp sebenarnya tak tahu nk beli apa. pusing2 berapa kali pn, tgn still kosong. Ila je kot yg beli stok buah.

ila yg beria nk capture gambar ni.. angin pe ntah minah tu.. hehe.. tp sy pn ok je. suka background gmbar ni. dua bot kat belakang tu ingatkn sy pd lukisan dlm buku seni ms sy form 3 dlu.. sy mesti akn rindukn tmpat ni..


note:
kehidupan tetap perlu berjalan seperti biasa biar apa pun yg jadi..


SD

syndrome down muncul lg.
bila dah muncul, seluruh urat dan sendi terasa tempiasnya..
emosi bagaikan raja pada diri
sedangkan minda hanya mampu tunduk patuh
bila 'syndrome down' dtg
seri di muka pn menghilang
semangat terbang lari entah ke mana
kegembiraan di luaran mungkin tak dpt sembunyikan segala yg di dalam

meski menyedari hakikat yg ditakdirkan Tuhan
mengapa syndrome down muncul juga?
masih tidak cukup rs redha?

masa mungkin boleh mengubah segalanya...

note:
mak n abah di Pahang sekarang ni. hari ni k. ela buat majlis sambut Ramadhan. Nk cepat2 balik semenanjung. tp sblm tu nk selesaikan beberapa task. Ada 1 benda nk buat tp xsure patut ke x nk buat. Ada orang nk tolong tp rs mcm da terlalu bnyak libatkan orang dan rs mcm mencecah limit.. mungkin ni yg terakhir.. malu yg terakhir.. yg terakhir, ingat tu zahirah. lps ni nk jd apa pn, jd la.

Wednesday, July 27, 2011

cerita kosong zahirah

Hati oh hati..
susah untuk difahami
sekejap ok, sekejap tak.
kenapa ni hati?
main2 ye..

Sy betul2 tak faham dengan diri sy sekarang ni. sgt2 tak faham. macam sy ni dah tak bersatu dgn jiwa dan jasad. macam sy ni org len kpd diri sy sendiri. Sangat memeningkan dan susah untuk diterangkn. Semalam sy rs mcm tu, pg ni tiba2 mcm semangat pula. Apa ni? klu lg ke? aiceh.. tu la. kan sy dah ckp, sy ni akan tak bermotivasi sekejap je. paling lama pn dua hari, paling sekejap sejam dua jam. Aicewah..

dlm dua hari ni mesti housemate sy rindu kat sy kn. balik practical, mandi, tlg2 masak, solat, mengaji (kena start awal2, konon2 nk khatam 2x ms dlm ramadhan. gegee..), lps mkn sy bc buku sementara tnggu makanan turun dan hadam. Lps tu dlm pkul 8 lebih or 9 lebih sy tidur. tak dpt la diorang nk mesra2 dgn sy. haha.. lawak bodoh pn dah jarang keluar dr mulut sy. ila tak de gang dah la nk kenakan si amy or si ram tu. semalam jmpa panjang pn sy neutral je. kalau tak, kecoh tempat tu sy sakat amy. k.ummi dah tak gerak solat isya'. bajet sy plan bangun awal pg mcm semalam tp td nyaris tak terbabas. kul 4 pg baru sy tersedar. syok sgt mimpi. kih3..

eh, betul ni. semalam sy terjaga pkul 1 lbih sbb mimpi buruk. ntah la. tak tahu nk ckp mimpi buruk ke or mimpi best. mimpi sy bersalin baby perempuan yg beratnya 3 kg lebih. tp baby tu, nurse bawak entah ke mana n sy t'paksa cari kat setiap wad dgn keadaan yg tak laratnya. mesti org ketawa kn, menggatal mimpi2 cmni. agaknya sy rindu kat insyirah, ammar n amal sajeedah kot sampai terbawa2 dlm mimpi. tp baby yg sy pegang tu bukan amal, ammar n bkn jugak insyirah. tak kisah la. yg penting, mimpi tu berjaya bt sy bgun solat isya'. yg penting, sy memang rindu anak2 sy tu.

tak sabar nk balik semenanjung!!! rs geram sgt bila dengar suara comel si al-insyirah dlm phone. dah lama tak jumpa ni. fahim dah pesan mcm2. hmmmm.. mcm auntie dia ni bnyak duit je kn. Dengar kata dah bnyak surah dlm juzuk 30 dia dah hafal so, boleh la bg hadiah.. hua3. rindu nk peluk mak. mak n abah tinggal berdua je ms sy tak ada ni. ena dah berapa kali call, tanya bila flight. eleh.. tanya2 tu mesti ada makna la tu. confirm suruh jd driver dia disamping menjaga anak2 dia sementara dia shopping dr satu kedai ke kedai yg lain. kali ni tak tahu la dia nk ke mana. jgn ke kl sudah. stress woo drive di tgh bandar kl tu. cukup la sekali ek ena kita tsangkut kat kl tu sampai 3, 4 jam. pergi yg dekat-dekat sudah. kajang ke, bdr tun razak ke, bangi ke or duk rumah je, bli online. brilliant x?

note:
rindu, rindu, rindu.. mak, abh, tunggu tau. jgn lupa ambik 8/8 nnti. nnti tak pasal2 kejadian di Uitm Kuala Pilah berulang kembali. Along, k.ena, k.ela n abang, mesti rndu kat i kn. eleh.. poyo je kata tak. Anak-anak yg sgt dirindui dan dicintai (ewah..), tnggu mak su balik, nnti mak su bawak pergi jln2 k. ckp je nak ke mana.. anything for u.. :)


Tuesday, July 26, 2011

muhasabah kot

Disebabkan tidur yg terlalu mencukupi, rs mcm tak boleh nk tidur dah. bila sendiri buat sy berfikir. bermuhasabah diri. bermula dr sy kecil hingga sy besar macam ni. lama sy tak berfikir mcm tu. Kadang-kadang sy rasa kesian bila mak n abah terpaksa menjaga sy yg banyak songeh ni. Nor Zahirah, cahaya yang cantik berseri2 tp sy tak mampu jd cahaya yg cantik seperti yg mak n abah harapkan. Mak didik sy jd seorang yg kuat jiwanya tp sekarang betul ke jiwa sy kuat? Abah didik sy menjadi seorang yg redha dgn takdirNya tp betul ke sekarang sy redha? keluarga sy menyayangi sy tp sy tetap kental hati buat apa saja yg sy mahu sampai ada ms buat diaorng rs risau. Family sy tak suka sy join outdoor activity yg lasak2 tu tp mak tak berjaya halang sy. Degilnya sy.. Masa kecil, guru mengaji sy ada 3 org: abah, along n jiran sy. Bila kena marah dgn abah, sy menangis n merajuk tak nk mengaji. Abah akan pass sy kat along, tp hal yg sm jd juga. Sy sgt sensitif ms sy kecil. kalau ada yg tinggi suara sikit, air mata sy mudah mengalir keluar. Semakin sy membesar dan meningkat dewasa, sy cuba keraskan jiwa. Air mata tak boleh dibazirkan selalu kn.

Mak n abah selalu doa agar maruah dan martabat sy ditinggikan dan dijaga. tp sy sendiri yg merendahkn maruah sy. Along selalu pesan jgn sekali-kali buat sesuatu yg jatuhkn maruah diri. sekarang sy terfikir, sy ikut tak pesanan along? Perjalanan sy di dunia ni tak lama lg akan berakhir. sy harap ms yg ada ni sy blh manfaatkn sebetulnya. tak terlambat lg kn untuk sy berubah. mengharap yg pasti tentunya drpdNya. Tak pasti akn buat jiwa celaru dan makin jauh drpdNya.

Sy akan lemah kalau semua orang bersimpati dengan sy. Sy akan kuat kalau Allah yg mendekati sy. Dalam kehidupan sy ni sy harap Allah mengiringi setiap langkah sy w/pn kadang2 sy leka dengan rahmatNya. Sy tahu sy tak layak untuk ke syurga tp untuk tinggal di neraka akan menggegarkn seluruh urat saraf saya.

nota:
sy rs mcm nak naik train ke Tenom sebelum balik ke semenanjung.. Kalau tahap keyakinan sy tinggi, rs mcm nk bermalam di Tenom. kalau boleh nk sendiri mcm hari tu.

Allah banyak mengkabulkan doa sy. Seharusnya sy perlu rs malu kepadaNya jika sy tidak melihat kesempurnaan yg dijadikanNya.

nor zahirah mahd ata
0413

Berhentilah duhai hati.

Ibnu Qayyim r.h mengatakan:

"Sesungguhnya di dalam hati tidak ada luka yang boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada satu keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada kesedihan yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh kebahagian yg menyenangkan kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju kepada Allah s.w.t. Di dalam hati juga terdapat gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya."
Amru Khalid (2011)
Ibadah Yang Menakjubkan, amalan yg plg dicintai Allah.

nota fitrah:
Sebenarnya lps maghrib td sy dah tidur. K.ummi yg tahu sy blm solat isya' gerak sy pukul 10 lbih tp sy tak rs nk bangun. solat isya' lewat kn lebih afdal kalau btl2 nk bangun la. Dlm pkul 1 lbih sy terjaga slps bermimpi sesuatu. sy cek hp, ada 2 msg n 6 miss call.sy mmg tak dgr sbb sy sengaja silent kn phone. sy ke ruang tamu n tgk amy tak tidur lg. sy tanya dia sesuatu, dan dia teragak2 nk jwb. kenapa gerak hati sy tak pernah menipu sy?..




Saturday, July 23, 2011

Dari Tanjung Aru ke Beaufort..

Mcm yg sy britau sebelum ni, hari ni sy travel dr kepayan ke beaufort secara 'lone ranger' nyer. Sy kuar rumah dlm pkul 6.40 pg. Berjalan kaki dr rumah sewa ke hospital yg dlm jarak 15 min kot- sy pun sbenarnya tak berapa faham apa motifnya sy berjalan pergi hospital sedangkn blh je tunggu bas kat kwasan dpn rumah sewa.

Dlm kul 7.15 sy naik bas pergi terminal wawasan. bayar rm1 je. mata tak abis2 jeling ke arah jam. risau tak sempat naik train. kat website kata train gerak kul 7.45 pg..

sampai di Terminal wawasan, sy ambil van yg pergi Putatan (bayaran RM1.50 je). Sebelum tu pn sebenarnya tersilap naik van. confident je naik van tanjung aru. mujur tanya kat pak cik driver. dlm van tu, sy je la satu2nya kaum hawa. tp nasib la. belasah je la. mujur ada p.cik kat sebelah sy yg agak peramah. Dia la yg tlg tekan loceng. kalau tak, maunya sy tlepas stesen train tu.

Sampai di stesen kul 0750 pg. cepat2 beli tiket, naik train dan train pn bgerak dlm jam 0800.






Gerabak yg dipenuhi kanak2 rombongan sekolah yg nk ke Tenom.


1000 sy smpai di stesen kereta api Beufort. keluar je dr stesen terus sy cari tamu Beaufort. Fungsi mulut sgt digunakan secara proaktif dan progressifnya sampai dgn p.cik polis yg sedang sibuk saman kereta pun sy pergi tanya. tq p.cik polis!

saya ada ms 1 jam untuk ronda tamu. kebetulan ada pameran pe ntah. sempena perayaan kaum bisaya kalau tak silap. destinasi utama- gerai kuih2 tradisi sabah. bli 2 jenis kuih je pn.
bergambar dgn abg askar. siap pegang phone le pulak.

1100 dlm train ke Tg. Aru. layan blues sikit. hihi..

Tiket dr Beaufort ke tg. Aru

1300 sampai di Tg Aru. kena lintas jln 8 lane tu dgn kaki terkedek2 nyer utk naik van ke Terminal Wawasan semula.


note:
Alhamdulillah, perjalanan smooth jer. Seronok tgk pemandangan yg ada. plus dpt jumpa org tempatan sabah yg bermacam ragam. sekurang-kurangnya m'bantu sy praktikkn bahasa sabah. :)
sgt tenang.. objektif tercapai!


nor zahirah mahd ata
0050

Wednesday, July 20, 2011

Bila hati nekad, otak jd pasrah..

Terasa nk travel sorang2 hujung mnggu ni. pergi beufort naik keretapi ke or g ceruk2 sabah yg mn2 pn. dr semalam lg jiwa meronta-ronta nk keluar hujung minggu ni sorang2. bg feel sikit. K.ummi nk ke 1 Borneo nk shopping n tgk cite Harry Potter, Ila pulak nk ke Gaya Street. Harry Potter tu mmg teringin nk tengok tp rs xde mood lak nk ke 1B. Gaya Street mayb nk pergi next week. Lgpn bru ahad lepas pergi. xingat dunia membeli setem lama. yup. the fastest way to collect stamp. pilih2 lps tu bayar. mudah kn.

Agak2 k.ummi lepas tak sy ke Beufort sorang2? sy betul2 serius ni. senarai barang sy da catit secara tak rasmi dlm kepala ni. benda yg tpenting=> camera n duit. ;p w/pn spatutnya sabtu ni kena buka jahitan kat ibu jari kaki, tp sy awal2 lg dah bgtahu kat nurse tu nk dtg ari isnin. Harap2 kaki bertambah sihat sabtu ni. sy betul2 rasa nk travel ni. tak kisah la dekat or jauh pn. yg penting travel seorang diri.

nota:
kelmarin chatting dgn shah, abg si awa tu sampai pkul 2 pg. dia ajak sy join group dia g hiking kat gng kinabalu hujung tahun ni. 5 org yg pergi. nak pergi ke tak nk? hurmmm... kalau ada seorang lg perempuan yg ikut tak pe la. tak kn sy sorang je perempuan kot. huish.. bahaya2..

td check email, naz azri hantar undangan utk pergi xpdc ke gua batu maloi kat tampin. tp sayangnya diaorg nk pergi 27 Julai ni. sy kat sabah lg la ms tu. cis.. frust. bnyak aktiviti tak dpt join dlm 3 bln ni. ms sy kat sbh ni la banyak aktiviti2 best ada kat semenanjung tu.. ish.

Monday, July 18, 2011

nk bersembunyi lg? tp d mana?
nk berlari? tp ke mana?
persoalan yg tiada jawapan?


nota:
tak sbr nk blik semenanjung.. meneruskn khidupn yg normal semula. tp ttp akn rindu sabah. rndu kenangan dgn kwn2 serumah. k.ummi yg plg tua sekali, yg mcm mak2, yg selalu ambil berat tentang sy, yg jg sy masa sy demam, yg urut bdan sy ms sy sakit, yg ambik berat tentang luka kaki sy, yg selalu sapu minyak di kaki sy, yg tidur di sebelah sy.
ila yg muda setahun drpd sy, yg slalu bercerita itu ini, yg jg ms sy demam, yg letak tuala basah di kepala saya, yg masakkn bubur nasi utk sy ms sy tak sihat, yg letak masker home made di muka sy, yg teman sy berjln ms sy tehegeh2 nk melangkah sebab jari yg cedera, yg kdg2 xsedar peluk sy ms tidur- huhu.., yg teman sy pergi mn2 dgn kaki sy yg cedera ni, yg selalu bg vit C kat sy 2 bj before pergi prac.
Ramlah yg muda 2 thn drpd sy, yg sy anggp mcm adk, yg bg pinjam fb dia, yg rajin kemas rumah, yg selalu sediakn breakfast, yg bekalkn ikan masin bnyak2, yg tlg sy angkut air ke mesin bsuh ms sy xsihat.
Amy yg prac dgn sy, yg suka yuswaisar, yg suka hindustan, yg dikaitkn dgn si pnjang dkt HQE, yg tolak wheel chair sy di HQE, yg sy slalu bebel smpai mgkin dia dah naik menyampah stiap kali sy buka mulut.

sy tak tahu apa yg ada dlm hati kwn2 sy tp sy selalu berdoa semoga hati kami ikhlas antara 1 sm lain.. w/pn kdg2 gerak hati mgkin cuba menipu sy. Allahualam..


Sunday, July 17, 2011

pathetic..

salam ptg..

semalam temperature sy naik. bkn sbb dmam tp panas hati. Hasbul nk kahwin tp xbgtau sy pun.. isk3.. sy terasa hati. Tau ni pun sbb mak yg kol sy. Rasa nk cekik je budak tu. xpe.. xpe.. ada ubi ada batas, smpai hari nnti, xnk dtg. sy geram btul la. spupu yg plg rapat dgn sy blh rahsiakn hal mcm tu drpd sy. eii,,, membara btul la. utk sejuk kn hati sy ni, smalam sy tidur awal. awal sgt la pulak. pkul 5 gerak k.ummi bgn solat. sejuk sikit hati bila pg2 terjaga. bertambah sejuk hati bila mata terpejam smula.. hik3..

tp bila ptg2 mcm ni rs panas semula. tak sabar tunggu dia kol. itupn klau dia nk kol.. alahai..

emm.. sy mmg mcm ni. tak suka sgt kalau org yg rapat dgn sy main sorok2 info. rs mcm nk tukar jd power rangers jer. ok2.. tau xde kena mengena dlm hal ni. anyway, sy cukup geram kalau seseorang sorokkn seseuatu drpd sy n kat dpn sy bt muka selamba jer. dan sy tak tahu la kebetulan or suratan, yg pasti InsyaAllah sy akan tahu perkara tu tanpa disengajakan. so, beware! kdg2 rs mcm satu kelebihan gak dpt petunjuk mcm tu tp kdg2 rs mengguris hati yg amat pulak. smpai kdg2 fikir, lebih baik tak tahu pn tak apa. dan makin pathetic bila org tu ialah org yg agak rapat dgn sy. sy rs mcm dah tak blh nk percaya sesiapa esp kwn2 yg konon2nya rapat dgn sy.


nota:

Baru lps balik dr Gaya Street, membeli-belah utk org semenanjung.. kaki sy makin ok tp td 2 kali gak kot menjerit sebab terlanggar batu.. ;)

Monday, July 11, 2011

Sy bukan Cinderella..

kenapa bila menjauhi semakin dekat?
kaki terasa ingin lari jauh..
tp kenapa hati kata tidak?
minda suruh lupa..
tp kenapa jiwa sering teringat
bila sy akan sedar dgn realiti?
yg hakiki ttp hakiki
tiada dongengan dlm dunia ini..
hiduplah di alam yg nyata, zahirah....

nota:
kalau la otak ni blh dprogramkn mcm computer tu kn snang..

Pulau Sapi & Pulau Manukan..

Sabtu baru2 ni sy n 3 org kwn yg lain pergi ke Sapi n Manukan Island. kteorang ambik package 3 pulau, RM37= Pulau Sapi, Manukan n Mamutik. Best.. Sehari sebelum tu sy la org yg paling berat hati nk pergi ke sana tp sebaik je duduk dlm bot, mcm dah tak ingat dunia. siap sewa alat snorkel. hati berbunga2. tambah2 bila han keol ada kat dpn mata.. huish.. speechless..


Pulau Sapi

Sampai di Pulau Sapi dah pukul 12 tgh ari. lps mkn sandwich bersama2 kacang panggang, sy terus sarung life jacket n turun ke laut. kawan2 yg len tak nk join. panas katanya. k.ummi lak mmg xnk join aktiviti dalam laut.. kui3.. so, w/pn sorang, sy turun je ke laut,. rugi kalau sy xsnorkel kat setiap pulau. nnti tak boleh la tahu keistimewaannya.. btul x?

Snorkel di pulau Sapi best. Bnyak coral n ikan2 yg comel2. masa sy tgh snorkel sorang2 tu ada 3 orang abg n seorang budak kecil dtg dekat. abg tu offer nk ajar snorkel tnpa guna life jacket. xsusah rupanya. siap join diaorg pergi kawasan yg dlm sikit tgk coral yg cantik2.. mmg best!


Pulau Manukan

pukul 1 kteorang bertolak dr Sapi ke Manukan. Solat zohor di Manukan. Lps tu bt aktiviti snorkeling lak. tak bnyak coral. cuma bnyak ikan2 yg besar esp di tempat yg dlm ckit. tepat jam 3, ms tu sy tgh berenang nk ke pantai, terasa ibu jari kaki digigit sesuatu. ingat ikan merah yg slalu gigit tu. sy britau kat abg yg ajar sy snorkel tu. dia kata biasa tu. ikan tu mmg nakal. sy stop berenang n jalan dlm air. sy rasa ibu jari kaki sgt kebas. dr jauh sy jerit kat abg tu lg ckp ibu jari sy kebas. dia ckp biasa. tak ada effect pape tu. sampai kat pantai sy tgk drg meleleh dr ibu jari kaki. ingat luka biasa. rupa2nya luar biasa!

cuba dptkn rawatan kat pondok life guard tp syg xada first aid kit kat situ. diaorang just balut dgn kapas. lps balut kteorg pergi ke jeti. masa di jeti, drh tak henti mengalir smpai semua org rs takut. bila naik dlm bot, ada sekumpulan arkitek yg bt trip ke Manukan tolong balut semula. k.ummi dah tersandar sbb pening bau drh. drh berhenti lps dibalut. tp bila sampai di jeti Jesselton, drh menitik2 kat atas kayu jeti tu.. semua org mula risau. dan masa tu la air mata sy mula keluar! bkn sbb sakit tp sbb rs sebak tgk org lain risau. hua3.. xfaham btul..

abg arkitek hantar sy ke emergency Queen. tak pasal2 kena 3 jahitan. ni la 1st time kena jahit. ni la 1 st time masuk hospital sbb sakit. mmg susah nk lupa. Masa tu rasa blank n mcm2 lg. otak xblh nk fikir dgn clearnyer..

nota:
hari ni berpraktikal spt biasa. luka dah dicuci. sgt penat masa jln kaki balik rumah sewa. rasa nk pengsan naik tangga bukit tu. perjalann yg ambik ms 20 minit tu ari ni jd lbih dr 30 min. dahsyat2. rs nk tercabut kaki. bayangkn dlm seminggu ni sy perlu bt perjalanan mcm tu dgn kaki yg berbalut ni.. serius, rs lemah je ati ni. erm,, tak inform pn kat bonda pasal hal ni. takut susah hati. zahirah, kuat semangat. berdiri di atas kaki sendiri!! Chaiyok! anyway, sy xserik pn lg nk snorkeling. lps kaki baik ni, cadang nk g lg ke pulau yg lain.. wee~~

p/s: kali ni tak bnyak ambil gmbar. sibuk sgt snorkel. ;) gambar ihsan ram.

Monday, July 04, 2011

Doa buat ??dia..

"you can create miracle with hope".
quote ni Ram cilok (dah lama tak guna perkataan ni) dari dvd cover cerita pe ntah- tp yg ingat pasal seorang doctor yg cari vaccine utk cancer kot. Si Ram tu kata pembohongan semata tu. hehe.. but i believe miracle can be created with do'a. selagi Allah bersama kita, keajaiban tiada yg mustahil. "Sesungguhnya, perintahNya apabila dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!' Maka terjadilah ia" (surah yassin: ayat 82)

'Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah maha mengetahui segala isi hati' (surah al Taghaabun: ayat 4)

nota:

sesekali menghayati makna al-Quran, mendalami apa yang tersurat dan tersirat. Bonda kata, hidup kena banyak berdoa. walaupun untuk perkara yang kecil mana pun. walaupun Allah mengetahui rahsia hati, kesungguhan juga perlu kita tunjukkan. Bonda tambah, mulai dari saat ini (masa dia cakap tu) kena mula berdoa untuk bakal jodoh kita. doakan yang terbaik. Doa semoga dia istiqamah, sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, dlm keadaan tenang dan sebagainya. Bonda juga sentiasa doa sebegitu untuk jodoh anak2nya. seorang ustaz pernah beritahu, rajinkan diri menghadiahkan al-Fatihah buat ibubapa, muslimin muslimat sama ada yg sudah kembali ke rahmatullah atau sebaliknya dan juga buat bakal jodoh kita walaupun siapa pun dia dan di manapun dia berada. k.ummi tambah, jgn sertakan nama orang tu, sebab tak semestinya pilihan kita yang terbaik. Siapapun dia, redhakn hati kerana yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita hanyalah Allah Ya 'Alim...

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' (surah al-Baqarah:ayat 216)

Doa dari seseorang kepada orang yg lain tanpa pengetahuannya adlh lebih mustajab. cth kita boleh doa: semoga doa si dot dot dimakbulkan Allah. maknanya, sentiasalah doakan untuk orang disekeliling dan juga utk sahabat kita.. Allahualam..


~nor zahirah mahd ata~
menyedari tiada apa yg abadi di dunia ini
membuat hati lebih kuat
!(-_-)?