FITRAH's Followers

Thursday, August 04, 2011

counting the days..

Lebih kurang 4 hari je lagi nak balik ke semenanjung. tak sabar.. Sok last day practical. Assessment semua dah siap bercop. Tadi diserang dgn soalan2 dr pegawai sains. untuk cyto dan blood bank, rasa tak terbeban sgt. Bila masuk ke biochem, rs mcm nk pecah kepala. kena bom tu.. huhu.. Anyway, kena la terima dgn seadanya kn.

Selama berada di sini, mcm2 peristiwa berlaku. Dari first day sampai ke hari ni, ada je halnya. Ada ketawa, ada marah2, ada juga sedih2.. Dgn laptop sy n Ram yg rosak, kaki sy yg cedera, hidung yg berdarah sbb t'hantuk kat lutut si Ila, tersalah naik bas, amy yg tertinggal dlm bas, berjalan kaki lebih 30 min smata2 nk ke bazar ramadhan kat sembulan tu. mcm2 idea tak betul yg cuba direalisasikan. huru-hara tp bila ingat, rs terhibur.

kisah amy dgn si Panjang buat sy tersenyum. kdg2 tak dpt tahan ketawa bila bertembung dgn si Panjang smpai dia pn rs tak tentu arah. Kisah encik engineer si Ram. bagus tu selalu pergi surau.

Semuanya menyenangkan hati tp yg tak selesa di sini, pergaulan agak bebas sikit. bertepuk tampar perkara biasa. pernah sekali bila sy tunjuk gelang Seri yg sy pakai kat seorang staff lelaki, tiba-tiba je dia pegang tgn sy. masa tu rs tergamam. mungkin bg dia perkara tu biasa kn. pernah gak masa di bazar, sesuka hati je dia tolak2 sy. ila kata kalau k.ummi tgk, msti slh fhm n akn kena sebijik nih. huhu.. bkn kena sebijik dgn k.umi je, kalau along n abah tahu pn, mmg diaorang pn akan slh fhm n abis lunyai la sy.

Apa yg baik blh jadi ikutan, yg buruk kena buat peringatan.. Misi sy di Sabah hampir selesai. Misi yg minor juga dah selesai. kerja gila yg tak pernah sy fikirkan sblm ni.. Esok hari terakhir, sy mungkin tak sempat nk beli sesuatu untuk Vel, tanda mata sbb bnyak tlg sy. rsnya kalau pos dr semenanjung ok juga kn.

Sampai kat rumah, bnyak benda yg nak bt. 1st sekali, kena try buka desktop. connect laptop dgn monitor desktop. harap2 berjaya. Aceras ni nmpak je cm xde pape, harta berharga sy sbenarnya ni. bnyak maklumat yg sy simpan. Dr assignment, notes, research project (yg minor) hinggalah ke folder simpanan manuskrip, proposal n yg paling syg---> cerita conan yg sy kumpul sejak dip lg, lps tu prince of tennis n mcm2 lg. hua3. mnggu pertama kat smenanjung nak ke rumah sewa Awa. dah lama tak jumpa minah tu. Rindu lak. Nk bg birthday present utk mak dia. Hrp2 suka la. Awa kata nnti blh g tarawih n mengaji sm2.. ye ler awa.. lagi nk buat apa ek? o ye, proposal manuskrip kena siapkan before mnggu ke-2 di semenanjung. hrp2 diluluskan. susah payah sy cari inspirasi di sabah ni tau.

Rasa mcm nak buat biskut raya la tahun ni. nk bawak balik kampung sikit. Aiceh, semangat kn. tu mula nk pk pasal raya je la tu. Ry pertama tahun ni mcm akan jd anak tunggal je. Ela ry kat Pahang, Along kat Tg. Karang, Ena kat Ipoh n abang mayb kat KL. Kompem kat kg nnti kena jd bibik, tiap2 taun tak abis2 kena ambik tender cuci pinggan. Harap tahun ni dapat control mkn sikit. Karang tak pasal2 jadi beban (mcm selalu), asyik muntah n gi toilet memanjang. hihi...

Projek nk ke Tenom sblm balik semenanjung rasanya tak jd disebabkan faktor keselamatan. Amy kata sy gila nk g bermalam kat sn sorang2. so, sy ubah plan. Mayb akan naik train smpai ke Beaufort lg. Smpai di Beaufort, rehat2 jap n ambik train ke Putatan or daerah sblm Lok Kawi tu sbb ptg nk g bazar kat Lok Kawi. Apa istimewanya train? Sm je train kat slangor tu dgn kat cni. lebih kurang je. Naik keretapi ni blh buat jiwa sy tenang. Duduk kat seat sebelah tngkap, tengok2 pemandangan. blh rileks tau. Bkn kat cni je sy bt cmtu, kalau rs mcm perlu bersendiri, sy suka naik train dr Serdang ke klang sorang2. lps tu patah belakang semula. Mcm dah jadi habit. Lps ni ingat nk buat pjalanan keliling smenanjung dgn train la. hehe.. Rasanya sejak sekolah bgtau bonda macam tu. Bonda yg kecik comel tu pn dah letih nk dgr. Angguk je la, bg sdp hati si anak ni.

Tetiba je teringat nasi kerabu rm9.50 yg Amy beli kat bazar Asia City. mahal nk pengsan. Rindu nasi kerabu kat Kuala Terengganu. Murah n sdp smpai menjilat siku tu.. Aish.. meleleh air liur. Bila-bila cuti sem nnti nk ke rumah K.ummi lak kat ganu. nak ke kelantan gak, gi rumah Amy n lawat k.jun kat sn.. Banyak kn rancangan yg ada kat kepala sy ni. cuma tunggu ms utk jd kenyataan je. Dgn izin Allah..

nota:
InsyaAllah flight isnin nnti pkul 3.30 ptg. rasa mcm tak sempat nk berbuka kat rumah kot.. sbnarnya berdebar juga nk kena naik flight lg ni tp rs semangat nk blik rumah dah berjaya tutup rs takut..

p/s: Salam Ramadhan..

nor zahirah mahd ata
(zaira fitrah)

No comments: